MyHSR - Malaysia perlu contohi teknologi Shinkansen Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia perlu memberikan perhatian yang lebih mendalam terhadap teknologi keretapi peluru (atau Shinkansen) dari Jepun untuk diaplikasikan pada projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR).
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, negara tersebut sememangnya terkenal dengan sistem pengangkutan yang lebih efisien, seperti yang diperlihatkan menerusi sistem keretapi berkelajuan tinggi Shinkansen. 

"Perkara ini akan dibincangkan. Teknologi (Shinkansen) merupakan antara yang terbaik di dunia, dan kita perlu pertimbangkan ia untuk projek HSR," ujar beliau kepada media pada sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Gombak semalam.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak turut mendalami input berkenaan model perniagaan dan struktur kewangan yang diperlukan untuk membiayai projek besar ini ketika lawatannya ke Jepun, baru-baru ini. 

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan meneruskan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura, namun beberapa perkara perlu dinilai kembali bagi mengurangkan kos. 

 


Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita tidak akan menghalang. Perdana Menteri telah memberikan arahan kepada saya, bahawa kita…
Berita Domestik
Perdana Menteri berkata, ketika ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan…
Berita Domestik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata projek itu terbatal…