#MyGeekMovement - SMK Lutong, Miri juara peringkat kebangsaan!

oleh Mohamad Hanif|
SMK Lutong, Miri muncul sebagai juara peringkat kebangsaan bagi pertandingan #MyGeekMovement peringkat akhir anjuran Shell Malaysia. Pasukan ini turut mengalahkan juara negeri Sabah, SM St. Michael dan juga juara keseluruhan Semenanjung Malaysia, SMK Bandar Puncak Jalil.

Pertandingan #MyGeekMovement ini bertujuan bagi memperlihatkan rekaan dan ciptaan inovatif para pelajar bertemakan "Access to Energy". Pasukan SMK Lutong dengan ciptaan alat pengesan habuk untuk pendingin hawa telah berjaya memikat hati juri kerana kemampuan ciptaan mereka untuk membuktikan penjimatan tenaga.

Pasukan juara ini bakal mewakili negara ke acara Shell seterusnya, Make The Future (MTF) Live di London dan berpeluang merasai sendiri eksperimen, ujikaji serta menyalurkan sebarang idea bernas berkenaan tenaga alternatif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02



#MyGeekMovement merupakan inisiatif daripada pihak Shell dengan kerjasama Kementerian Pendidikan melibatkan 15 buah sekolah seluruh negara bagi mendalami subjek Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Seramai 225 orang pelajar sekolah menengah telah terpilih bagi merasai sendiri pengalaman mempelajari STEM dengan pengkhususan di dalam bidang teknologi. 
 

Selain daripada Kementerian Pendidikan, Shell juga berkolaborasi dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi memantapkan lagi program pendidikan STEM termasuklah memantau dan menilai tahap keberkesanan serta mengorak strategi pada masa akan datang. 



 

Menurut Ketua Perhubungan Luar Negara Shell Malaysia, Nimmi Kamal menjelaskan, "Shell Malaysia menerusi #MyGeekMovement telah memastikan program ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan meningkatkan lagi jumlah graduan di bawah STEM. Kami memfokuskan kepada pendedahan awal STEM di peringkat sekolah bagi memupuk minat di dalam bidang seperti kejuruteraan, teknologi maklumat dan juga automasi."
 

"STEM merupakan antara subjek yang dekat di hati Shell. Industri ini memerlukan lebih tenaga pakar dengan penguasaan ilmu dan skill yang berkaitan, dan menerusi program STEM ini, kami mempunyai hasrat untuk menyumbang dan memperkembangkan lebih banyak tenaga pakar (untuk industri kami)," tambah beliau. 



 

Dua pasukan lain turut tidak kurang hebatnya. Pasukan dari Sabah, SM St. Michael memperlihatkan rekaan mereka yang bertajuk Solisaquaventus Generator yang mana menggabungkan penggunaan tenaga angin, air dan matahari di dalam satu fasiliti yang sama bagi menjana kuasa elektrik.



 

Manakala pasukan SMK Bandar Puncak Jalil pula hadir dengan inovasi bertajuk Solar and Water Energy System. Mereka mengubah tenaga yang terhasil daripada air hujan dan juga tenaga solar kepada arus elektrik yang lebih sesuai digunakan di kawasan luar bandar menggantikan penggunaan generator diesel.
 

Inisiatif #MyGeekMovement ini merupakan salah satu usaha di bawah visi Transformasi Negara 50 (TN50) yang mengutamakan kepada ekonomi pengetahuan dengan fokus yang lebih kepada disiplin sains dan teknologi. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…