MyEVOC seru pakej stimulus PENJANA diperluaskan untuk EV

oleh Mohamad Hanif|
Kesan daripada perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia menunjukkan kita mampu untuk mengurangkan kesan pencemaran udara dengan lebih drastik, terutama di kawasan urban, apatah lagi pencemaran udara telah dibuktikan mampu memberikan kesan jangka panjang terhadap kesihatan.

Malah, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Ontario Public Health Association yang bertajuk "Clearing The Air" mendapati dengan menggantikan satu unit kereta  berenjin pembakaran dalaman dengan sebuah kereta elektrik mampu menyumbang manfaat positif sehingga RM31,821.

Selain daripada itu, kebanyakan negara di seluruh dunia mula melancarkan pakej stimulus bagi merangsangkan kembali aktiviti ekonomi, serta mengurangkan kebergantungan penuh terhadap kereta konvensional kepada alternatif EV yang lebih hijau.

Contoh terbaik, Jerman negara yang memiliki teknologi kejuruteraan ICE termaju telah mengambil langkah berani dengan menawarkan insentif sehingga €9,000 (RM43,424) untuk pembelian EV baharu, serta memerlukan kesemua stesen minyak untuk menyediakan slot pengecasan EV!

Melihatkan kepada perkembangan itu, Persatuan Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC) berpendapat sudah sampai masanya untuk Malaysia mengubah fokus yang boleh memacu industri pembuatan automotif tempatan dan dalam masa yang sama melindungi dan menjaga alam sekitar dan kesihatan awam.

MyEVOC turut melahirkan rasa kecewa apabila pengumuman pakej stimulus PENJANA tidak merangkumi usaha bagi memperkasakan peralihan daripada kebergantungan kepada tenaga fosil kepada pengangkutan yang lebih hijau.

Namun, adalah tidak terlalu lewat untuk melaksanakan beberapa inisiatif seperti:
1. Pengecualian cukai import dan duti eksais kepada 25,000 unit EV dengan jarak operasi melebihi 200 km
2. Pengecualian cukai import dan duti eksais kepada peralatan pengecasan pantas EV termasuk storan tenaga
3. AP Waiver kepada peralatan penyimpanan tenaga
4. Tarif "Time of Use" untuk pelanggan kediaman
5. Tarif yang berbeza kategori untuk pengendali pusat pengecasan (CPO)
6. Memastikan lebih banyak pembangunan kediaman dan pusat komersial yang mampu menyokong kenderaan elektrik

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
"Memasuki separuh kedua tahun ini, kami menjangkakan pemulihan kukuh dalam tempoh enam bulan…
Berita Domestik
  Berikut adalah senarai harga jualan baharu bagi kenderaan Mercedes-Benz yang telah berkuatkuasa…
Berita Domestik
Ia akan bermula pada 15 Jun sehingga 31 Disember 2020.  Usaha ini adalah antara intipati Pelan Jana…