MyCC - 'Terma waranti kenderaan tidak adil, tindas pemilik'

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenal pasti terma waranti yang tidak adil kepada pengguna yang boleh menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan dalam pasaran.


Dapatan daripada laporan 'Kajian Semula Pasaran di bawah Akta Persaingan 2010 bagi Sektor Pengangkutan di Malaysia (Ekosistem Logistik Pelabuhan dan Waranti Kenderaan Bermotor) mendapati, syarikat pengeluar kenderaan cenderung memanjangkan tempoh waranti kenderaan berbanding beberapa tahun sebelumnya.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Hal ini menyebabkan pengguna terikat dengan terma waranti yang lebih panjang, selain tidak mempunyai pilihan untuk mendapatkan khidmat pembaikan kereta daripada bengkel persendirian dan bengkel panel kelolaan Persatuan Insurans Am Malaysia (PARS).

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata selain isu berkenaan, MyCC turut mengenal pasti terdapat perjanjian eksklusif di antara pengeluar kereta dan syarikat insurans, yang menyebabkan pasaran pembaikan kenderaan akibat kemalangan adalah terhad kepada bengkel francais dan pengedar yang sah.

 

"Ia adalah penting bagi mengelakkan dominasi pengeluar kenderaan secara berterusan yang akan menjejaskan kepentingan pengguna dalam jangka masa panjang.

 

"Pada masa sama, ia menafikan hak pemain industri lain," katanya dalam sidang media selepas melancarkan laporan kajian semula pasaran ketujuh oleh MyCC, di Kuala Lumpur, semalam.

 

Yang turut hadir, Pengerusi MyCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail dan Ahli Suruhanjaya MyCC, Datuk Ir Mohd Jamal Sulaiman.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjelaskan, keputusan cadangan denda oleh MyCC itu dicemari…
Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Berita Domestik
MyCC memfailkan permohonan itu di Mahkamah Persekutuan pada 18 Mei lepas melalui firma guaman…