MyBayar Saman: Kutipan 'hutang' kompaun saman RM52.7 juta dijelaskan

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia merekod kutipan kompaun berjumlah RM52.7 juta daripada 475,261 saman yang dilunaskan orang ramai menerusi aplikasi MyBayar Saman sehingga 7 April 2021.


Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, sambutan orang ramai untuk pembayaran saman mereka menerusi aplikasi itu menggalakkan dan jumlah individu yang berdaftar turut meningkat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kutipan kompaun saman ini sudah melepasi RM50 juta pada hari ke-14 sejak aplikasi ini diperkenalkan pada 25 Mac lalu.

 

"Orang ramai dinasihatkan untuk merebut peluang tawaran 50 peratus menerusi aplikasi ini yang akan berakhir pada 11 April ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Katanya, seramai 615,586 pengguna sudah berdaftar dengan MyBayar Saman sehingga semalam.

 

Pada 25 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, orang ramai yang mempunyai saman kompaun trafik boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus menerusi pendaftaran portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman.

 

Bagaimanapun tawaran diskaun berkenaan tidak terpakai untuk kesalahan utama trafik antaranya melanggar lampu isyarat merah; memandu melebihi had laju ditetapkan; memotong garisan berkembar; menggunakan telefon semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.

 

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian MyBayar Saman dengan melayari portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my manakala bagi aplikasi mudah alih perlu memuat turun menerusi Google Playstore atau Apple Store serta mendaftar sebagai pengguna sebelum bayaran dapat dibuat.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Pada hari terakhir sahaja, sebanyak 38,306 saman berjumlah RM4.2 juta telah dijelaskan,"…
Berita Domestik
  Azisman berkata, 366,728 pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi MyBayar Saman.   "…
Informasi
  Malah, trend semasa turut memperlihatkan pengguna memilih untuk membayar saman secara atas-…