MyBayar Saman kutip RM20.5 juta bayaran saman

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak RM20.5 juta jumlah bayaran saman dijelaskan menerusi aplikasi MyBayar Saman bagi tempoh 25 Mac lalu hingga tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, jumlah itu membabitkan 177,511 saman yang dijelaskan.

"Pada 25 Mac lalu, sebanyak 37,213 saman dijelaskan membabitkan bayaran saman berjumlah RM4.3 juta, manakala 26 Mac lalu pula, 43,469 saman dijelaskan dengan bayaran RM4.7 juta.

"Jumlah itu terus meningkat pada hari ketiga dengan 66,893 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM7.2 juta.

"Bagaimanapun, jumlah itu sedikit menurun semalam dengan 29,936 saman dijelaskan membabitkan bayaran saman berjumlah RM3.2 juta," katanya dalam kenyataan, semalam.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Azisman berkata, 366,728 pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi MyBayar Saman.

 

"Berdasarkan pemerhatian sejak aplikasi itu dilancarkan, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

 

"Saya harap orang ramai akan mengambil kesempatan membuat pembayaran saman melalui aplikasi ini yang turut memberikan diskaun saman sehingga 50 peratus," katanya.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador merasmikan pelancaran portal dan aplikasi MyBayar Saman pada 25 Mac lalu bagi membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian.

 

Menurutnya, JSPT turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena Sambutan Hari Polis ke-214 bagi pembayaran yang dibuat melalui aplikasi berkenaan selama 18 hari bermula 25 Mac lalu hingga 14 April nanti.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…