Toyota bakal membina fasiliti pemasangan kenderaan pertama di Myanmar, sekaligus merangkap kilang keenam yang dibuka setakat ini di rantau Asia Tenggara.
Menurut laporan Nikkei, Toyota dijangka akan melaburkan berbillion dolar ke atas fasiliti yang akan memasang 2,500 buah trak pikap Hilux setahun di Thilawa Special Economic Zone, Yangon.
Fasiliti yang dijangka beroperasi penuh pada tahun 2021 ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada 130 orang tenaga mahir di sekitar kawasan tersebut.
Myanmar pada ketika ini bergantung harap kepada penjualan model-model import seperti Hilux, Rush serta Vios, di mana penubuhan fasiliti pemasangan ini dijangka akan memberikan peluang yang lebih cerah kepada Toyota menguasai pasaran tersebut.
Sumber: Toyota