MYAirline umum Bangkok sebagai destinasi penerbangan antarabangsa pertama

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
MYAirline Sdn Bhd memilih Thailand sebagai destinasi penerbangan antarabangsa pertamanya dan mengumumkan jualan bagi laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok bermula pada Rabu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Syarikat penerbangan yang ditubuhkan pada Januari 2021 itu berkata, ia syarikat penerbangan Malaysia pertama yang menawarkan khidmat penerbangan ke kedua-dua lapangan terbang berkenaan yang sekali gus memenuhi semua profil pelancong.

"Bermula 28 Jun 2023, MYAirline akan menawarkan penerbangan terus harian dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dengan penerbangan harian tambahan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang akan dilancarkan pada 1 Julai 2023.

"Penerbangan dua kali sehari ke kedua-dua lapangan terbang itu akan bermula pada 17 Ogos 2023, menjadikan jumlah keseluruhan kepada empat penerbangan harian ke bandar raya itu," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyAirline, Rayner Teo, berkata pengenalan laluan antarabangsa itu menandakan permulaan Fasa Dua pelan pengembangan syarikat penerbangan itu, dan ia tepat pada masa seiring dengan peningkatan permintaan pelancongan.

Bagi meraikan pelancaran itu, MYAirline menawarkan kempen tambang asas sifar untuk penumpang terawal.

"Tempah dari 10 hingga 12 Mei 2023, untuk merebut lebih 12,000 tempat duduk dengan tambang asas sifar bagi laluan ke Bangkok dan manfaatkan kempen menarik ini bagi perjalanan dari 28 Jun hingga 28 Oktober 2023, dengan MYAirline.

"Penumpang boleh menempah tiket di laman web MYAirline atau melalui ejen pelancongan yang sah," katanya.

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
Selain empat penerbangan harian sedia ada, pada 11 dan 13 Ogos 2023, penerbangan tambahan…
Informasi
  Promosi harga itu yang boleh ditempah mulai 20-31 Mei, 2023, adalah bagi tempoh perjalanan pada…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan terbaharu, MYAirline menjelaskan pencapaian tersebut merupakan bukti kerja…