MV Mega Bakti - Kapal penyelamat kapal selam milik Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai tidak mengetahui bahawa Malaysia mempunyai sebuah kapal yang khusus untuk usaha menyelamat kapal selam sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Di bawah ialah apa yang kami tahu mengenai kapal MV Mega Bakti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
  • Pembinaan bermula dalam tahun 2012 oleh Keppel Singmarine dari Singapura.
  • Ia menggunakan rekabentuk bahaaru yang dihasilkan sendiri oleh Marine Technology Development, anak syarikat Keppel Singmarine.
  • MV Mega Bakti juga adalah projek kapal penyokong operasi selam pertama syarikat tersebut.
  • Selepas siap, MV Mega Bakti diserahkan kepada TLDM dalam tahun 2013, tepat mengikut jadual dan juga bajet asal.
  • MV Mega Bakti beroperasi dari pengkalannya di Teluk Sepanggar, Sabah.
  • Beratnya ialah 1,960 tan, sepanjang 80 m dan kelajuan maksimum ialah 15.0 knots (27.8 kmsj)
  • Kapal penyelamat ini mempunyai 54 orang kru.

 


 

 

  • Kapal ini mempunyai dua fungsi utama:
    • Operasi SMER-I (Submarine Escape and Rescue-Intervention) 
    • Operasi latihan penyelam, pencarian dan menyelamat (SAR) dan mendapatkan semula torpedo (recovery)
  • MV Mega Bakti dilengkapi dengan 
  • Dua kebuk Decompression dengan Double-Lock dengan had enam orang pesakit untuk setiap kebuk
  • Sistem GPS dengan buoy pintar (GIB) yang boleh mengesan kedudukan kapal selam  sedalam 1,000 meter
  • Dua bot laju untuk operasi menyelamat

 

 

  • Kenderaan menyelam kawalan kabel (ROV) yang mampu memasang sistem pengudaraan dan penyahtekanan (DSVSD) pada kapal selam yang rosak di kedalamaan maksimum 400 meter
  • ROV mempunyai kemampuan untuk membersihkan halangan-halangan pada pintu kecemasan pada kapal selam
  • ROV itu juga boleh mengambil gambar dan video kapal selam yang rosak
  • ROV juga digunakan untuk menghantar pod kecemasan bantuan (ELSS) yang boleh diisi dengan ubat-ubatan, makanan dan lain-lain bekalan (ada 12 pod ELSS yang mampu menahan tekanan sehingga 65 bar atau 663 meter
  • Sistem telefon mudahalih untuk tujuan komunikasi antara MV Mega Bakti dan kapal selam

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian tragik itu telah mengorbankan lima mangsa termasuk salah seorang pengasas syarikat…
Berita Domestik
Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas…
Berita Global
Difahamkan, kerja-kerja pembinaan kapal selam S-26T tersebut sudah hampir siap sepenuhnya, namun…