
Motosikal yang dikeluarkan ini pula diinspirasi dari kereta Alpine 110, kereta sport dua pintu dengan bentangan enjin di tengah dan pacuan roda belakang.
Satu dari Itali dan satu lagi dari Perancis dan kedua-dua jenama ini mempunyai sejarah menarik di dalam dunia perlumbaan.
Superveloce Alpine menggunakan enjin signatur 798cc tiga silinder dengan kuasa 147 hp pada 13,000 rpm dan kelajuan maksimum 240 km/j.
Jelas membezakannya dengan Superveloce sedia ada ialah rekaan grafik dan warna badan biru dan perak ala Alpine 110 selain dikeluarkan sebanyak 110 unit sahaja.

Logo A tinggi pada fairing pula adalah imbasan perincian A110 selain kerusi dengan balutan Alcantara dan sulaman biru dan roda aluminium buatan CNC warna hitam.
Lagi komponen istimewa ialah mudguard, fairing bawah, pelindung saluran udara dan sebagainya yang diperbuat dari gentian karbon.
Pada bahagian kepala handle terpampang angka nombor siri terhad. Di fender depan terdapat bendera Perancis dan Itali sebagai tanda penghargaan kerjasama dua warisan negara.

Turut istimewa apabila Superveloce Alpine didatangkan dengan kit perlumbaan yang terdiri dari ekzos Arrow Racing 3 dengan ECU khas, penutup tangki minyak dan pelindung motosikal.
Harga MV Agusta Superveloce Alpine bermula dari EUR36,300 atau bersamaan RM178,124.
Sebagai perbandingan, Superveloce Serie Oro edisi terhad berharga EUR24,190 (RM118,700) manakala Superveloce 800 berharga EUR19,900 (RM97,649).
Penulis: Muhammad Md Tajudin
