MV AGUSTA RASMI KEMBALI KE ARENA MOTOSIKAL MALAYSIA

oleh Firdaus Razani|
AFY Mobility Industries Sdn Bhd. (AMI) baru-baru ini telah menjadi hos bagi Malam MV Agusta Malaysia 2024 pertama, sebuah acara bersejarah yang menandakan kembalinya MV Agusta ke arena motosikal Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis tersebut telah berlangsung di premis pameran MV Agusta Malaysia terbaharu yang terletak di Petaling Jaya.

Seiring dengan majlis tersebut, ia Sekaligus merasmikan satu-satunya unit eksklusif MV Agusta Brutale 1000 Nurburgring bersama-sama model motosikal MV Agusta lain yang kini tersedia dipasaran Malaysia.

 

mvagusta

 

MV Agusta Brutale 1000 Nurburgring merupakan model edisi terhad yang telah dibina berdasarkan pada model Brutale 1000RR.

Ia hanya menghasilkan sebanyak 150 unit model terhad di seluruh dunia dan di Malaysia ia dipasarkan pada harga RM399,900 beserta plat edisi khas 90/150.

 

mvagusta

 

Ia dikuasakan oleh enjin empat-silinder lurus 998cc dari model 1000RR yang memberikan kuasa sebanyak 208 hp @ 13,000 rpm dan tork sebanyak 116.5 Nm pada 11,000 Rpm.

Motosikal ini dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan, komponen aksesori karbon penuh beserta set talaan pemanduan elektronik canggih MV Agusta.

 

mvagusta

 

Sebuah kit perlumbaan Nurburgring turut disertakan dengan pembelian yang merangkumi sistem ekzos penuh titanium, ECU perlumbaan dan komponen karbon tambahan.

Upacara perasmian unit MV Agusta Brutale 1000 Nurburgring telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AMI, Datuk Jeffrey Lim,  dan Pengurus Jenama MV Agusta Malaysia, Micheal Yeoh.

 

mvagusta

 

Datuk Jeffrey Lim berkata "Selepas lebih dari lima tahun, MV Agusta kini kembali ke Malaysia, dan amat berbangga untuk menerajui jenama ikonik Itali ini ke Malaysia.

“Selain menawarkan pelbagai model jenama ini di pasaran tempatan, MV Agusta Malaysia turut menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh”. tambahnya.

 

mvagusta

 

Pada majlis tersebut juga, MV Agusta Malaysia juga turut memperlihatkan barisan model MV Agusta mereka yang mengagumkan dari model-model yang tersedia di Malaysia.

Harga model motosikal MV Agusta yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut;

  1. Brutale 1000 RS - RM 168,800
  2. F3 RR - RM 145,800
  3. ⁠F3 Rosso - RM 111,800
  4. Superveloce -RM 138,800
  5. Dragster RR - RM 148,800
  6. ⁠Dragster Rosso - RM 99,800
  7. ⁠Brutale Rosso - RM 96,800
  8. Brutale 1000 RR Nurburgring  - RM 399,900
  9. Turismo Veloce Lusso - RM 140,800
  10. Turismo Veloce Rosso - RM 99,800

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
Tidak seperti model hyper-naked Rush yang dihasilkan dengan penampilan pasca perang, MV Agusta…
Berita Global
Tinggalkan sejarah menarik negara Malaysia yang maju itu dan kita fokus kembali kepada motosikal…