"MV Agusta akan memasuki pasaran motosikal terbesar dunia - 350 ke 500 cc," ujar Timur.
Enjin 2-silinder 350 cc itu akan menjadi platform kepada pelbagai varian baharu untuk MV Agusta.
Namun begitu, Timur tidak menyatakan samada ia adalah enjin V-twin atau dua silinder selari (seperti Kawasaki Versys atau ER6).
Model 350cc itu juga akan membuka pasaran baharu untuk MV Agusta kerana harganya yang lebih rendah serta mampu menarik minat mereka yang mahu menunggangnya setiap hari.
Model 350cc ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020.