MV Agusta F3XX - hanya untuk litar sahaja

oleh HEZERI SAMSURI|

Pembuat motosikal premium Itali, MV Agusta telah melancarkan model terbaharu mereka, F3XX yang khusus untuk tunggangan di litar sahaja.

Diasaskan dari model F3 800, model F3XX ini dibina oleh Reparto Corse, unit perlumbaan MV Agusta sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti yang dijangka, F3XX mempunyai berat badan yang jauh lebih ringan (kurang 28 kg dari F3 800), menjadikan ia seberat 173 kg sahaja. Ini ialah kerana F3XX menggunakan komponen-komponen carbon fibre dan titanium, seperti motosikal perlumbaan.

 

 

Unit ECU telah diubah pemetaannya untuk prestasi yang lebih agresif sementara klac standard ditambah dengan fungsi limited slip. 

Injap-injap pada enjin ditukar kepada jenis titanium sementara sistem ekzos asal F3 800 ditukar kepada ekzos 3-dalam-1 oleh SC Project.

Kuasa maksimum asal F3 800 ialah 146 bhp. Untuk F3XX ini, anda boleh menggunakan 157.8 bhp di litar perlumbaan kegemaran anda.

 

 

Paparan meter turut ditukar kepada jenis perlumbaan AiM MXS1.2 yang lebih mementingkan data-data semasa perlumbaan seperti masa satu pusingan, penggunaan pendikit dan tekanan brek.

Oleh kerana ia dibina menggunakan tangan, MV Agusta dijangka hanya akan membina beberapa unit sahaja dan harganya masih lagi belum diumumkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Berita Domestik
Majlis tersebut telah berlangsung di premis pameran MV Agusta Malaysia terbaharu yang terletak di…
Model Terbaharu
Tidak seperti model hyper-naked Rush yang dihasilkan dengan penampilan pasca perang, MV Agusta…