MV Agusta Brutale 1000 RR - 208 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran rasmi MV Agusta Rush, pengeluar motosikal itu kemudian melancarkan sebuah lagi model baharu iaitu MV Agusta Brutale 1000 RR 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti model hyper-naked Rush yang dihasilkan dengan penampilan pasca perang, MV Agusta Brutale 1000 RR membawakan penampilan super naked yang lebih klasik dan seksi.

 


Sama seperti Rush 1000, Brutale 1000 RR membawakan unit kuasa yang serupa, iaitu enjin 998 cc DOHC empat silinder sebaris sejukan cecair dan minyak yang menghasilkan 208 kuasa kuda dan 116.5 Nm.

Kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang dibantu dengan ciri quick shifter dan ciri elektronik lain seperti pengehad tork roda belakang, kawalan cengkaman lapan tahap, serta kawalan wheelie.

 


Sistem gantungan jentera ini menggunakan peredam Ohlins NIX EC, peredam tunggal Ohlins TTX EC, serta peredam stereng di mana ketiga-tiga bahagian tersebut boleh dikawal secara elektronik.

Sistem pemberhentian pula menggunakan Brembo Stylema yang terdiri daripada angkup empat omboh dan rotor 320 mm jenis terapung, sementara bahagian belakang pula terdiri daripada angkup Brembo dua omboh dengan rotor 260 mm.

 


Selain daripada itu, terdapat skrin TFT bersaiz lima inci yang turut menyokong navigasi GPS serta penjejak terbina Mobistat untuk perlindungan keselamatan yang lebih baik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Berita Domestik
Majlis tersebut telah berlangsung di premis pameran MV Agusta Malaysia terbaharu yang terletak di…
Berita Global
Tinggalkan sejarah menarik negara Malaysia yang maju itu dan kita fokus kembali kepada motosikal…