Selain daripada menjadi lokasi penghantaran model Corvette kepada pelanggan, muzium itu kini mempunyai sebuah lagi tarikan menarik - Stingray Grill yang menggantikan peranan Corvette Cafe.
Restoran Stingray Grill itu menyajikan hidangan sarapan, makan tengah hari, dan pencuci mulut itu dibuka setiap hari kecuali Ahad, dengan waktu operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, dan 11.00 pagi hingga 3.00 petang.
Namun bermula November ini, waktu operasi akan berubah kepada jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.
Antara menu-menu yang dihidangkan seperti Blackberry Grilled cheese ($12), Peri Peri Mac and Cheese ($14), dan Pasta Fungi ($13), tidak ketinggalan menu untuk kanak-kanak, menu berasaskan nasi dan salad, dan juga pencuci mulut.
Namun, kepakaran restoran ini sudah semestinya Stingray Burger ($17) yang menyajikan pelbagai jenis daging termasuklah daging Wagyu, daging kerbau, daging rusa, daging khinzir liar serta diserikan dengan cheddar salai, arugula, dan macam-macam lagi.