Mustang Wak Doyok gegarkan iman

oleh HEZERI SAMSURI|

Siapa tak kenal Wak Doyok?

Selebriti popular yang terkenal dengan produk melebatkan misai dan jambang, Wak Doyok juga sebenarnya seorang yang minat akan kenderaan.

Sebelum ini beliau sering dilihat bergambar bersama rakan-rakan dari kelab BMW tetapi Wak kemudiannya mula dilihat bergambar dengan Ford Ranger Wildtrak bikin beliau.

Kali ini Shah Adam, jurufoto profesional menghubungi Wak Doyok untuk mengambil gambar akan koleksi terbaharu beliau, sebuah Ford Mustang 5.0L V8 dengan bodykit Super Rocket dari CT Motorsport.

 

 

Dengan talaan 600 hp, bahagian luaran memang nampak kemas. Roda aloi BC Forged 20 inci dengan kelebaran 10JJ depan dan 11JJ belakang turut memainkan peranan dalam menjadikan Mustang ini kelihatan tegap.

 

 

Ruang kabin dihiasi dengan stereng carbon fibre dari CT Motorsports, tali keledar merah dan karpet lantai berlogokan Mustang tahun 1964.

Kemas tanpa modifikasi melampau, sama seperti gaya fesyen Wak Doyok yang sentiasa santai tetapi kemas dan nampak anggun.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak cukup dengan itu, Ford Australia telah didenda sebanyak AU$53,000 (RM159,595) oleh Australian…
Informasi
Namun pada satu masa dahulu, Ford tidak terlepas daripada dosa besar apabila syarikat ini terciduk…
Berita Global
Namun, Ford mempunyai satu masalah yang ketara - demografik pembeli kereta sports coupe itu…