Mustang Shelby GT500 talaan Hennessey - mampu cecah 1,200 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Keghairahan terhadap teknologi masa kini memang sukar untuk dibendung.

Lihat sahaja kepada pengenalan telefon pintar, hampir saban bulan ada sahaja model baharu yang diperkenalkan, lebih besar, lebih maju dan juga cepat mengeringkan baki akaun anda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Samalah juga halnya dengan industri kereta pantas dunia, apabila masing-masing kini berlumba untuk mendabik dada siapakah yang lebih berkuasa di atas jalan raya. 

Baru beberapa bulan Ford mengumumkan angka rasmi yang dihasilkan oleh jentera Mustang Shelby GT500, nampaknya penala Hennessey sudah pun bersedia untuk menaikkan lagi standard tiga angka (760 hp/847 Nm) sedia ada kepada empat angka!
 


Hennessey kini menawarkan tiga pakej naiktaraf yang dihasilkan khas buat para pemilik Mustang GT500 iaitu:

  • Venom 850 - 850 hp/983 Nm
  • Venom 1000 - 1,000 hp/1,152 Nm
  • Venom 1200 - 1,200 hp/1,356 Nm (bahan api perlumbaan/E85)

Melihatkan kepada angka-angka yang kedengaran menakutkan itu, apakah rahsia Hennessey dalam usaha mengestrak lebihan kuasa daripada angka standard Mustang GT500 itu?

Jawapannya, dengan menggunakan tetapan turbo berkembar dan juga sistem aliran bahan api yang telah dinaik taraf. 

Selain daripada komponen enjin yang lebih besar seperti piston dan rod, Hennessey juga turut menariktaraf sistem ekzos kustom tahan karat, intercooler dan juga sistem induksi udara aliran tinggi. 
 


Peningkatan kuasa ini tidak akan bermakna tanpa sistem kawalan yang berkesan, jadi Hennessey telah menjalankan sedikit modifikasi terhadap sistem transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan itu supaya mampu menampung lebihan kuasa yang dibekalkan. 

Setiap Mustang yang telah menjalani modifikasi terutama pakej Venom 1200 akan dipastikan melepasi pandu uji sejauh lebih 240 km bagi memastikan segalanya berjalan lancar (dan kuasa yang sebenar) sebelum diserahkan kepada pemilik. 

Tidak dinyatakan harga kit naik taraf ini, namun Hennessey memberikan jaminan selama 1 tahun atau jarak perbatuan 19,312 km. 

Anda rasa Mustang Shelby GT500 masih tidak cukup laju? 

Mereka yang berhati kental sahaja boleh menghubungi Hennessey untuk maklumat lanjut. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kepada golongan yang tamak dan gilakan kuasa (bukan iklan pilihanraya), usah risau.   Hennessey…
Berita Global
Ia hanya ditawarkan di beberapa lokasi di Amerika Syarikat, dan boleh didapati dalam dua versi,…
Berita Global
Mustang GT500KR ini menggunakan asas daripada model Mustang Shelby GT500 yang dilengkapi dengan…