Mustang Mach-E GT Performance Edition, memang laju SUV ni!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mustang Mach-E GT Performance Edition
Mustang Mach-E GT Performance Edition
Lamborghini mempunyai Urus, Audi menawarkan SQ8, BMW dengan X6M dan kesemua ini merupakan SUV berprestasi. Bagaimana pula dengan jenama kebanyakan?

Ford mempunyai Mustang Mach-E dan menariknya dikuasakan nadi elektrik. Apabila bercakap mengenai Mustang, ianya adalah satu jenama ikonik dan perlu mempunyai piawaian tersendiri.

Mustang Mach-E ditawarkan dalam tiga varian kuasa iaitu 266hp/290hp (RWD), 266hp/346hp (AWD) dan 480hp (AWD GT).

Bagaimana jika pelanggan mahukan sesuatu yang lebih istimewa?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mustang Mach-E GT Performance Edition.04

 

Ini jawapannya, Mustang Mach-E GT Performance Edition dengan 480hp (358 kW) dan tork 860Nm atau 47Nm lebih tinggi berbanding Mach-E GT. Bateri lithium-ion yang digunakan berkapasiti 88 kWh.

Daya pecutan 0 hingga 96km/j yang disasarkan ialah 3.5 saat manakala jarak pemanduan dianggarkan sehingga 378km.

Secara asasnya, edisi ini mempunyai lebih daya kilas, cengkaman dan pengendalian. 

Dengan peningkatan kuasa, Mustang Mach-E GT Performance Edition didatangkan dengan komponen berprestasi seperti brek Brembo® saiz 19 inci berwarna merah dan tayar Pirelli jenis musim panas saiz 245/45R20.

Prestasi pengendalian pula diuruskan sistem suspensi adaptif MagneRide®.

 

Mustang Mach-E GT Performance Edition.04

 

Pada bahagian dalam, varian ini menggunakan set kerusi depan Ford Performance dengan balutan Performance Gray ActiveX dan kombinasi sulaman metalik dengan rongga reflektif Miko. Panel instrumen menggunakan kemasan alumnium yang unik.

Sama seperti Mustang Mach-E GT, pembeli boleh memesan Mustang Mach-E GT Performance Edition dalam warna signatur Mustang iaitu Cyber Orange Metallic Tri-Coat, Dark Matter Gray Metallic, Rapid Red Metallic Tinted Clearcoat, Star White Metallic Tri-Coat, Grabber Blue Metallic, Shadow Black, Iconic Silver Metallic dan Space White Metallic.

Akhir sekali, bahagian belakang SUV ini dilekatkan logo khas Performance Edition GT.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mustang Mach-E GT Performance Edition.04