Mustang Mach-E diiktiraf EV yang paling cekap oleh Guinness World Record

oleh Mohamad Hanif|
Crossover elektrik Ford Mustang Mach-E kini diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai sebuah kenderaan elektrik (EV) yang paling cekap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Autocar, crossover EV itu berjaya mencatatkan rekod impresif 10.53 km untuk setiap kWh ketika membuat perjalanan sejauh 1,381.8 km.

EV yang dipandu dari John o' Groats ke Land's End di Great Britain itu mengambil masa kira-kira 27 jam dengan kelajuan purata 50 km/j.

 


Malah, ketiga-tiga pemandu - Paul Clifton, Fergal McGrath dan Kevin Brooker - hanya berhenti memandu sebanyak dua kali untuk proses pengecasan bateri dengan masa yang dihabiskan adalah sekitar 45 minit sahaja.

"Rekod terbaharu ini menunjukkan kereta elektrik kini merupakan satu opsyen untuk semua, bukan sekadar untuk menjadi kereta kedua atau membuat perjalanan dalam bandar, malah ia juga boleh digunakan untuk perjalanan merentas negeri," menurut pasukan tersebut.

Ford Mustang Mach-E yang digunakan dalam cubaan tersebut merupakan versi pacuan roda belakang Extended Range yang dilengkapi pek bateri berkapasiti 88 kWh, dan menurut data WLTP ia mampu membenarkan perjalanan sejauh 610 km.

 


Dengan pemanduan yang betul, crossover itu dilihat mampu untuk mencapai jarak pergerakan melebihi 805 km, jauh melebihi apa yang dijangkakan.

"Tahap kecekapan Ford Mustang Mach-E mampu  memiminumkan pengecasan ketika membuat pemanduan di laluan terpanjang di Britain, dan ia mampu membuktikan diri menjadi sebuah 'game changer'," ujar Tim Nicklin dari Ford UK.

"Sekiranya Mach-E mampu mencapai jarak tiga kali ganda di tangan pakar, ia juga mampu dicapai oleh para pemiliknya, sekaligus memadamkan kerisauan terhadap jarak operasi (range anxiety) yang dihadapi sebelum ini.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Berita Global
Pada tahun 2022, Ford telah mengumumkan panggilan semula untuk EV Mustang Mach-E yang melibatkan…