Musim raya Songkran saksi 277 maut di jalanraya Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
Cuti perayaan Songkran selama seminggu melihat 277 orang terbunuh dan 2,357 mengalami kecederaan dalam 2,300 kemalangan jalanraya di seluruh Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun lalu, tiada perjalanan dibenarkan ketika perayaan Songkran kerana sebab yang sama.

Musim cuti Songkran yang bermula dari 10 hingga 16 April itu sebenarnya 30 peratus lebih rendah dari tempoh yang sama pada tahun 2019 kerana jumlah perjalanan berkurangan akibat pandemik Covid-19.

Di bawah ialah rajah statistik kemalangan dalam masa tujuh hari tersebut.

 

 

Di bawah ini pula adalah statistik penting berkaitan isu yang sama:

  • Kawasan Nakhon Si Thammarat merekodkan jumlah kemalangan tertinggi (106), diikuti oleh CHiang Mai (77) dan Songkhla (69).
  • Pathum Thani pula mempunyai jumlah kematian tertinggi dengan 10 kes, diikuti dengan Bangkok (9) dan Chiang Mai (9).
  • Mabuk ketika memandu menjadi punca utama nahas (36.6 peratus), diikuti dengan memandu dengan laju (28.3 peratus) dan memotong secara agresif (17.8 peratus).
  • Sebanyak 79.2 peratus kemalangan adalah dari golongan motosikal, diikuti dengan trak pikap (6.9 peratus).
  • Lokasi kemalangan pula ialah lebuhraya (39.5 peratus) dan jalan kampung (36 peratus).
  • Waktu kemuncak kemalangan ialah antara 4 petang hingga 8 malam, diikuti dengan waktu 12 tengahari hingga 4 petang.
  • Kebanyakan mangsa berumur antara 15 ke 19 tahun diikuti dengan mereka yang berusia antara 30 ke 39 tahun.
  • Seramai 459,644 disaman kerana sebab-sebab seperti tidak memakai topi keledar, tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Kepada mereka yang merasakan Thailand adalah umpama pekan koboi dan bebas melakukan segala-galanya, nampaknya harapan anda punah kerana kajian kemalangan trafik yang dilakukan oleh negara itu sejak kebelakangan ini jauh lebih lengkap dari Malaysia dan sering dikongsi kepada pengguna jalanraya.

* Laporan penuh di Bangkok Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…