Musim raya: ANIH saran pelanggan ikut jadual cadangan waktu perjalanan

oleh Mohamad Hanif|
ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) meneruskan komitmen untuk memastikan keselesaan pengguna lebuhraya kendaliannya sentiasa menjadi keutamaan syarikat tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Puan Radzimah Mohd Radzi, Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad,syarikat tersebut telah meningkatkan usaha memastikan keadaan Lebuhraya KLK dan
LPT1 berada dalam keadaan baik dengan melakukan kerja-kerja pembaikan jalanraya dan penambahbaikan kemudahan awam di kawasan R&R dan Hentian Sebelah sejak
awal Ramadhan memandangkan aliran trafik ke Pantai Timur menunjukkan peningkatan ketara.

“ANIH Berhad juga sedang giat meningkatkan kemampuan tenaga kerja kami bagi menyediakan perkhidmatan terbaik demi memastikan kesesakan musim perayaan ini
dapat dikurangkan. Antara langkah yang diambil termasuklah menambah bilangan juru tol, seiring dengan penambahan lorong di plaza toll dari 100 kepada 151 lorong.
Disamping itu, seperti kebiasaannya syarikat juga akan mengedarkan Cadangan Waktu Perjalanan di Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak dan Temerloh, termasuk kaunter –
kaunter Pusat Khidmat Pelanggan Tol Gombak, Tol Bentong, Tol Karak, Tol Temerloh dan Tol Kuantan minggu ini”, kata beliau.

Sejak awal Ramadhan, Lebuhraya KLK telah mencatatkan jumlah kenderaan sebanyak 145,231 pada setiap hujung minggu, manakala LPT1 pula telah mencatatkan sebanyak
45,600 kenderaan. Bagi tempoh 29 April sehingga 8 Mei, ANIH Berhad menjangkakan peningkatan kepada 207,500 kenderaan harian di Lebuhraya KLK manakala LPT1 pula
dijangkakan akan mencatat sebanyak 100,000 kenderaan sehari bagi tempoh tersebut.

Disamping meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan lain, ANIH Berhad juga telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan risiko kemalangan
termasuklah, meningkatkan kekerapan rondaan pasukan LPT Ronda, meningkatkan jumlah aset dan tenaga kerja yang bertugas bagi mempercepatkan tempoh masa
tindakbalas di lebuhraya dan sekiranya perlu, akan mengaktifan laluan kontra sekiranya berlakunya kemalangan.
 

ANIH


“Sungguhpun Kementerian Pengangkutan telah menggariskan pengecualian kompaun kepada lima kesalahan lalulintas bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang
bermula 29 April hingga 8 Mei depan, ANIH ingin tetap menasihati para pengguna untuk tetap melakukan pemanduan secara berhemah dan bersabar demi keselesaan
semua”, tambah beliau lagi.

Selain merancang perjalanan mengikut Cadangan Jadual Perjalanan yang diberikan, para pengguna juga disarankan untuk memastikan baki dalam e-Wallet, kad Touch n’Go
atau SmartTag mencukupi sebelum memasuki lebuhraya bagi mengurangkan kesesakan.

Berikutan pengumuman YAB Perdana Menteri berkenaan pengecualian bayaran tol beberapa hari lalu, ANIH Berhad ingin mengingatkan para pengguna untuk tetap
menyentuh kad Touch n’GO mereka pada alat pengesan di lorong bagi tujuan pengesahan dan diingatkan untuk masuk dan keluar lebuhraya dalam tempoh yang
ditetapkan bagi menikmati pengecualian tersebut.

ANIH Berhad juga menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan rehat yang secukupnya setiap dua hingga tiga jam perjalanan di kawasan R&R dan Hentian Sebelah
disepanjang lebuhraya serta sentiasa memasang lampu utama kenderaan sahaja dalam cuaca hujan dan mematuhi had laju yang ditetapkan.
Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di1800-88-7752 dan LPT - Line di 1-700-818-700.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, penambahan 2.4 juta kenderaan itu…
Berita Domestik
Menurut Puan Radzimah Mohd Radzi, Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, hujan lebat yang melanda…
Berita Domestik
  Ismail Sabri berkata, langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk tol percuma dan diskaun itu…