Murid Tahun Dua maut dilanggar van di hadapan pagar sekolah

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian
Murid perempuan Tahun Dua maut dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, dekat Parit Sulong, di Batu Pahat, pada Selasa.

Nur Aini Umairah Mohd Fareez yang berusia lapan tahun dikatakan dilanggar van ketika pulang dari sekolah sekitar jam 12.40 tengah hari, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala.

Sebelum kejadian mangsa baru selesai sesi persekolahan sebelum bergerak keluar dari pintu pagar.

Difahamkan, van terbabit juga ketika itu juga keluar dari pagar sekolah selepas menghantar barang, namun dikatakan tidak menyedari keberadaan mangsa.

Kejadian disaksikan beberapa ibu bapa yang kebetulan menunggu anak masing-masing pulang dari sekolah.

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Kenyataan berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat sebaik siasatan awal selesai," katanya.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau yang mahu dikenali sebagai Ahmad turut mendakwa sebelum ini tidak pernah memohon ICP namun…
Berita Domestik
Katanya, jumlah saman yang tinggi itu menunjukkan sikap sambil lewa sesetengah warga asing terhadap…
Berita Domestik
Katanya, semasa petugas kesihatan sedang memberikan rawatan awal kepada penunggang motosikal pada 9…