Murid 12 tahun manfaatkan cuti sekolah dengan jual Hot Wheels di Tik Tok!

oleh Mohamad Hanif|
Dengan hanya menggunakan aplikasi Tik Tok, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berjaya menjana pendapatan sendiri dengan menjual kereta mainan Hot Wheels.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketika ditemubual oleh laman berita Bernama, Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual kereta mainan tersebut timbul selepas mendapati ramai peminat barangan itu di Terengganu.

“Ramai orang cari kereta Hot Wheels untuk buat koleksi kerana bentuknya yang cantik dan hampir serupa dengan reka bentuk kereta asal yang diinspirasi," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir di sini hari ini.

Dengan menggunakan modal sendiri sebanyak RM100, Khairie Danish memulakan aktiviti berniaga pada awal cuti persekolahan melalui rakaman video secara langsung di aplikasi Tik Tok.

Usaha anak kedua daripada empat beradik itu mendapat galakan ibu bapanya dan setakat ini dia sudah mengumpul jualan sebanyak RM700.

"Harga kereta mainan yang saya jual antara RM10 hingga RM120. Setakat ini dah jual lebih 20 buah dan dapatlah RM700. Duit ini sebahagiannya saya nak guna untuk pusing modal dan sebahagian lagi nak beli barang kelengkapan sekolah.

“Harapnya dapatlah kurangkan sedikit beban mak ayah kerana saya ada tiga lagi adik beradik lain yang bersekolah… ayah pun kerja bawa teksi sahaja," katanya yang mendapatkan stok kereta mainan Hot Wheels daripada seorang pembekal dari Kuala Terengganu.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…