
Penguatkuasaan ini dibuat mengikut Seksyen 66H(7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang menyatakan bahawa mana-mana individu yang memandu kenderaan asing tanpa permit sah di Malaysia adalah melakukan kesalahan undang-undang.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sistem VEP bukan sekadar untuk kawalan trafik rentas sempadan, tetapi juga penting bagi penguatkuasaan undang-undang jalan raya terhadap kenderaan asing yang sering ‘kebal’ dari tindakan JPJ.
Apa itu VEP?
Sistem VEP mewajibkan semua kenderaan asing yang masuk melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua untuk:
-
Mendaftar secara dalam talian melalui portal rasmi VEP,
-
Membayar RM10 untuk pelekat RFID VEP sah selama 5 tahun,
-
Menjelaskan caj jalan (Road Charge) RM20 setiap kali masuk ke Malaysia.
Kenderaan yang berdaftar akan menerima pelekat RFID unik, tidak boleh dipindah milik dan hanya sah untuk satu kenderaan.
Tindakan Bagi Yang Belum Daftar
Bagi pemilik kenderaan persendirian yang hanya buat pra-pendaftaran, mereka akan disaman dan dihalang keluar sehingga bayaran dibuat. Bagi kenderaan milik syarikat, jika tiada pendaftaran langsung dilakukan, kompaun akan dikenakan.
Bayaran hanya diterima secara tanpa tunai di kaunter JPJ, trak JPJ bergerak atau secara dalam talian seperti MyEG.
Statistik Terkini
Sejak pelaksanaan secara berperingkat bermula 1 Oktober 2024, sebanyak 231,018 pelekat VEP telah dikeluarkan kepada kenderaan Singapura. Namun hanya 194,507 telah diaktifkan, manakala 36,511 (15.8%) masih belum diaktifkan.
Dalam tempoh Oktober 2024 hingga Mei 2025, sebanyak 52,012 kenderaan telah diperiksa dengan 2,245 notis peringatan dikeluarkan kepada pemilik yang gagal lengkapkan proses pengaktifan.
Sumber: Malay Mail – https://www.malaymail.com/news/singapore/2025/06/30/no-vep-no-exit-malaysia-to-fine-and-hold-singapore-vehicles-without-entry-permit-starting-tomorrow/182266