Muktamad, tiada gabungan Renault dan FCA

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di dalam tempoh seminggu yang lalu dunia automotif dikejutkan dengan cadangan Fiat Chrysler Automobiles (FCA) untuk bergabung 50/50 dengan Renault S.A.

Pembelian saham dan kerjasama di antara dua syarikat automotif adalah perkara biasa dan dunia sudah menyaksikan beberapa contoh yang berlaku.

Ada yang berjaya seperti Kumpulan Volkswagen dan tidak kurang yang berpisah jua seperti Mazda dan Ford. Tidak terkecuali syarikat yang telah lama menjalin kerjasama iaitu Opel dan Vauxhall yang dimiliki oleh Groupe PSA sejak tahun 2017.

General Motors sebelum itu memiliki Opel dan Vauxhall sejak tahun 1927.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Alfa Romeo

 

Cadangan gabungan itu disampaikan oleh FCA pada 27 Mei dan disambut oleh Renault dan ahli lembaga pengarah (ALP) telah bertemu pada 4 Jun lalu.

Mesyuarat pada tarikh tersebut memutuskan untuk meneroka potensi cadangan gabungan dan akan duduk berbincang sekali lagi pada 5 Jun.

Setelah berbincang buat kali kedua, Renault pada 6 Jun mengumumkan bahawa ALP tidak boleh membuat keputusan selepas wakil kerajaan Perancis meminta untuk menunda undian kepada perjumpaan yang lain.

Kerajaan Perancis mempunyai pegangan saham sebanyak 15 peratus di dalam Renault.

Tidak menunggu lama Renault kembali membuat pengumuman pada hari yang sama, 6 Jun dan memaklumkan bahawa mereka kesal untuk tidak dapat meneruskan cadangan daripada FCA.

Namun dicelah garis masa ini ada satu hal menarik apabila pada petang 5 Jun, ALP FCA telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk menarik balik cadangan penggabungan yang dibuat kepada kumpulan Renault. 

 

Abarth 595

 

Kenyataan rasmi Renault menyebut bahawa Nissan telah menyuarakan pendapat mereka dan Renault menerima pandangan tersebut.

Renault juga memperakui cadangan FCA tersebut sebenarnya suatu yang menarik dan walau bagaimanapun masih kekal percaya terhadap dinamika kerjasama dengan Alliance (Renault - Nissan - Mitsubishi).

Pada awal cadangan ini diutarakan lagi sudah terdapat suara yang menyatakan apakah bakal berlaku kepada Alliance?

Walaupun gabungan ini hanya melibatkan FCA dan Renault sudah pasti ia akan turut memberi kesan kepada persekitaran dengan Nissan dan Mitsubishi.

Gabungan ini juga walaupun bakal memberi faedah daripada segi modal kerja, pembelian dan skala ekonomi namun sebenarnya berselirat dengan pelbagai jenama.

 

Nissan Altima


Di bawah FCA terdapat sejumlah jenama iaitu Alfa Romeo, Chrysler, Dodge, Fiat, Maserati, Jeep dan Ram. Kumpulan Renault pula memiliki Renault, Dacia, Renault Samsung Motors, Alpine dan LADA ditambah pula pakatan dengan Nissan dan Mitsubishi.

Walaupun gabungan FCA dan Renault tidak menjadi, menarik juga apabila melihat potensi yang bakal berlaku jika menjadi kenyataan.

Pada masa sekarang, Alliance berada di liga tiga pengeluar teratas dunia yang diduduki oleh Kumpulan Volkswagen dan Toyota Motor Corporation.

Tahun 2017 menyaksikan Alliance mencatat jualan kenderaan ringan terbesar dunia mengalahkan Volkswagen AG.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

Alliance

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bulan lalu, polis Australia dilaporkan berminat untuk menggunakan Dodge Charger versi pemanduan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan daripada Autocar, bekas bos Volkswagen Ferdinand Piëch telah pun lama…
Berita Global
Menurut laporan daripada The Detroit News, jurujual tersebut, Apollo Nimo, 34 tahun daripada…