Muhammad Haziq, pelumba Cub Prix kemalangan dan meninggal dunia

oleh SALINA JALIL|
Pelumba Cub Prix, Muhammad Haziq Zaulkafli, 24, meninggal dunia selepas terlibat kemalangan pada malam hari Sabtu lalu.

Allahyarham merupakan pelumba dari pasukan Maju Mega Bike (MMB) disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini semalam (petang Ahad).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengurus Pasukan MMB, Amirul Johari Azman berkata, Allahyarham besama-sama rakan dalam perjalanan pulang selepas program Gatherings Honda RS di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, difahamkan ketika sampai di susur keluar Tambun, Muhammad Haziq dilanggar sebuah kereta.

"Lokasi kemalangan tersebut berlaku dalam jarak 5 kilometer dari rumah.Haziq tercampak dan terkena pembahagi jalan.

"Selepas itu, dia dihantar ke HRPB sebelum disahkan meninggal dunia jam 4.15 petang semalam," kata beliau lagi.

Allahyarham merupakan Juara Keseluruhan Petronas Sprinta Pro Am Cup kejohanan Cub Prix Malaysia.

Amirul Johari berkata, perlumbaan terakhir Muhammad Haziq adalah di Perlis pada 22 September lalu.

"Arwah baru dapat jentera Modenas untuk R&D bagi kategori CP115. Sepatutnya dia sertai perlumbaan Cub Prix di Terengganu pada 5 Oktober nanti.

Pengebumian Arwah akan diadakan pada jam 9 pagi ini di Tanah Perkuburan Tasek.

 

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan kejadian kemalangan tersebut yang membabitkan sebuah motosikal Honda FS150FH3 dengan sebuah kereta jenis Honda Civic di KM 276.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan motosikal yang lain sebelum terjatuh di kawasan jalan tersebut.

"Kemudian datang kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki terlanggar motosikal yang jatuh itu. Penunggang tersebut dihantar dengan ambulans ke HRPB.

"Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 


*laporan dari Sinar Harian

*gambar dari laman IG arwah Muhammad Haziq

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports bakal bersaing dalam dua kategori iaitu CP150 dengan…
Berita Domestik
  Beliau berkata saingan bagi 2023 juga bakal menjadi sengit dengan kehadiran beberapa pasukan…
Berita Domestik
  Menurutnya, kelab itu itu mencadangkan satu kawasan di Bukit Merah dekat sini untuk pembinaan…