Muhammad Fateh Teh Abdullah dilantik sebagai Presiden dan CEO MBM Resources Berhad

oleh Mohamad Hanif|
MBM Resources Berhad (MBMR) baru-baru ini mengumumkan pelantikan Encik Muhammad Fateh Teh Abdullah sebagai Presiden dan CEO baharunya berkuatkuasa 8 Februari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

En. Fateh, 50 tahun menamatkan pengajian beliau di dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1994 sebelum memulakan kerjayanya di Federation of Malaysian Manufacture serta beberapa syarikat automotif lain seperti UMW Holdings Group of Companies, Perodua Sales Sdn Bhd dan Hicom Holdings Berhad.

Beliau memiliki pengalaman di dalam industri automotif selama 23 tahun di dalam pelbagai bidang termasuklah penjualan dan pemasaran, pengedaran, perancangan strategik dan pembangunan perniagaan.

Sebelum menyertai MBMR, Encik Fateh memegang jawatan sebagai Ketua Divisyen Pengedaran Automotif Hicom Holdings Berhad.

Dengan pelantikan En. Fateh, Cik Annie Chin akan meletakkan jawatan sebagai Pemangku Presiden dan CEO Kumpulan, dan meneruskan kembali posisi sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan.