Mugen dedah modifikasi ZR-V e:HEV, bakal debut di TAS 2023

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah penala terkemuka Honda, Mugen memperlihatkan gambar rasmi sebuah crossover Honda ZR-V e:HEV yang telah dimodifikasi dan bakal muncul di acara Tokyo Auto Salon tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, Honda ZR-V pasaran Jepun sebenarnya merupakan Honda HR-V yang diperkenalkan untuk pasaran Amerika.

Terdapat beberapa peningkatan dari segi kosmetik dibawakan pada ZR-V e:HEV ini.

Seperti contoh, rekaan splitter yang lebih menonjol, kemasan liang kemasukan palsu, rim aloi berbilang jejari warna dua tona, penambahan pada skirt sisi, serta perumah cermin sisi serba baharu.

 

Mugen


Sementara bahagian belakang pula mendapat penambahan kosmetik pada bahagian atas lampu, penambahan pada spoiler bumbung dan bampar belakang diikuti dengan empat tip ekzos - pilihan yang pelik untuk sebuah SUV hibrid.

Tidak ketinggalan, pelekat dan emblem Mugen yang boleh didapati pada sesetengah tempat, di mana harga untuk aksesori ini boleh tahan mahal juga di pasaran terpakai.

Tiada sebarang sentuhan dibuat terhadap trenkuasa hibrid e:HEV yang terdiri daripada enjin 2.0 liter, dua motor elektrik dan transmisi CVT.

Namun begitu, Mugen memberikan bayangan pakej prestasi yang merangkumi aspek gantungan dan sistem perpaipan yang mampu menjadikan ZR-V ini lebih sporti.

 


Selain daripada model crossover ini, Mugen diberitakan akan membawa sekali Honda Civic Type R Mugen Concept pada acara Tokyo Auto Salon 2023 pada 13 hingga 15 Januari ini.

Melihatkan kepada penawaran yang terdahulu, anda mungkin sudah boleh jangkakan pendekatan yang bakal dibawakan pada Civic Type R FL5 talaan Mugen.

Seperti contoh, pakej kosmetik yang lebih agresif dan mungkin berlawanan dengan konsep 'Man Maximum/Machine Minimum' yang cuba diterapkan pada Civic Type R generasi terkini.

Baca: Honda Civic Type R FK8 Mugen Concept

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala Jepun itu bakal mempamerkan dua buah Civic FL5 dengan hasil modifikasi terbaharunya…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…
Gaya Hidup
Kolaborasi itu bagi menyambut ulang tahun MUGEN yang ke-50, dimana ECB-40MU menampilkan jam tangan…