Mugen bikin kit badan sporti untuk Fit RS e:HEV

oleh Mohamad Hanif|
Dengan pelancaran Fit facelift baru-baru ini di Jepun, varian tertinggi Honda Fit RS e:HEV 2022 kini secara rasmi menjadi varian hatchback dengan penampilan yang sporti.

Untuk golongan yang sejak dari azali tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada, terdapat penawaran kit badan baharu daripada Mugen yang dihasilkan khusus untuk model Fit facelift di Jepun.
 

Mugen


Mugen bukan sahaja menghasilkan kit badan khas untuk Fit RS e:HEV, mereka juga turut menawarkan kit badan kedua untuk varian Fit yang lain (Home, Basic, Luxe) dengan mengekalkan elemen sporti yang sama macam kit badn Fit RS e:HEV.

Untuk varian tertinggi Fit RS e:HEV, Mugen menghasilkan beberapa komponen seperti penambahan pada bampar depan, jalur merah pada bahagian atas jeriji hadapan, diikuti dengan jalur merah kedua pada bahagian bawah bampar.

Walaupun dengan elemen merah dimuatkan, logo Honda masih lagi kekal dengan warna standard hitam/biru untuk model e:HEV.
 

Fit


Selain itu, terdapat tambahan liang palsu pada bahagian sisi, perumah cermin sisi seakan karbon, lencana Mugen pada fender depan, skirt sisi dan set rim aluminium MDE bersaiz 17 inci.

Di belakang, Mugen memasang hiasan seperti karbon di antara lampu belakang, kemasan tambahan dengan liang palsu pada pintu, serta penambahan pada bampar dengan liang hiasan dan diffuser.
 

Fit


Untuk varian lain, Mugen menawarkan kemaskini yang serupa namun dengan penampilan yang lebih agresif, serta tambahan seperti jeriji karbon, splitter yang lebih menonjol, kemasan liang udara palsu pada bampar depan, diffuser yang lebih lebar dan sayap belakang yang lebih besar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, Honda ZR-V pasaran Jepun sebenarnya merupakan Honda HR-V yang diperkenalkan untuk…
Berita Global
Untuk generasi baharu Civic Hatchback, Mugen telah melancarkan pakej aksesori yang menarik…
Berita Global
Ia juga merupakan antara sedan Honda yang digemari ramai disebabkan bentuk dan rekaannya yang malar…