Muatan besi jatuh, pemandu treler disaman

oleh Mohamad Hanif|
DUA lorong di Lebuhraya Sungai Besi arah selatan berhampiran susur ke Lebuhraya Salak di Kuala Lumpur terpaksa ditutup sementara berikutan tapak besi menara kren dianggarkan seberat dua tan terjatuh dari sebuah treler hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, laluan berkenaan terpaksa ditutup buat sementara bagi melakukan kerja mengalih objek terbabit susulan kejadian pada 11.10 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, treler berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dalam perjalanan dari arah lapangan terbang lama menuju ke arah Seremban.

“Sebaik tiba di lokasi, muatan itu terjatuh ke kiri jalan dipercayai kerana ikatan yang tidak kemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Zulkefly berkata, tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurutnya, tindakan saman dikenakan terhadap pemandu treler terbabit kerana kesalahan membawa muatan tidak kemas.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, sebanyak tujuh anggota serta dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata dua mangsa yang…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 49 tahun cedera di bahagian…