MSF-R3 latih skill asas pemanduan pelumba dengan go-kart

oleh Mohamad Hanif|
Memasuki hari kedua Lady Racers Search & Mentor Program, kesemua peserta wanita diberikan peluang mengendali jentera go-kart bertempat di Batu Tiga Karting.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Latihan ini bertujuan untuk memantau skil pengendalian dan pemanduan, termasuklah karakter seperti persembahan, disiplin, kerjasama pasukan, serta aspek lain yang diperlukan oleh seorang pelumba.

Kesemua peserta akan menerima sokongan dari segi perancangan strategi komprehensif dan pengurusan teknikal daripada pasukan R3 untuk acara hujung minggu MSF Merdeka Enduro.

 

 

Separuh kedua program pula akan bermula pada 8 September ini, di mana program latihan yang lebih mendalam akan diajar seperti penukaran gear, brek, kawalan stereng dan pelbagai lagi. 

Menerusi program MSF-R3 Racers Mentor Program, kesemua peserta dan pasukan akan menggunakan jentera lumba Proton dan menerima sokongan daripada Team Proton R3 untuk baki tiga perlumbaan MSF SuperTurismo 2019.

 

Pelumba lelaki yang telah dipilih adalah:

  • Mohd Hafiz Saad #248
  • Nik Shahrul Fadli Nik Mansor #141
  • Alban Raymond De Sauza #16
  • Muhammad Faishal Othman #180
  • Md Shah Hashim #387

 

Manakala pencarian pelumba wanita untuk tahun ini akan dipilih daripada senarai berikut:

  • Ng Aik Sha
  • Samanda Lee
  • Nurul Husna Nasharuddin
  • Nursharina Nor Ramlle
  • Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi
  • Rozana Rahmat
  • Umi Nasirah Sulaiman
  • Zaidah Mohd Ishak
  • Nor Azirah Mohd Azhar

 

 

Pasukan pelumba wanita akan diberikan peluang mengendalikan Proton Iriz. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pada masa yang sama, Proton Saga 2019 turut berlumba buat kali pertama yang dipandu oleh Admi…