MSF 2019: Sharina Ramlle - tampil kru wanita semuanya

oleh HEZERI SAMSURI|
Perlumbaan Malaysian Speed Festival 2019 (MSF) yang berlangsung bermula hari ini bakal men yaksikan satu pasukan yang menampilkan bukan sahaja pemandu wanita, tetapi kru yang terdiri dari kaum Hawa juga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sharina Ramlle akan berlumba di dalam Kategori Saga Cup Casual dengan Proton Saga bernombor 819 itu berhasrat untuk membuktikan mereka mampu memperoleh keputusan yang positif.

Sharina adalah pelumba pertama yang akan dipilih untuk program Petronas-MSF "Pengejar Impian" pada tahun 2017.

Mula berlumba sejak tahun 2011 lagi, Sharina dikatakan menjadi inspirasi bagi pelumba-pelumba wanita yang lain.

Suami beliau, Azwan Zulkifle juga merupakan pelumba yang akan bertanding di dalam MSF tahun ini tetapi di dalam kategori lain.

Selain dari itu, Azwan juga adalah ketua pasukan Estrada by Pulzar Malaysia, yang juga menjadi pasukan Sharina. 

 

 

"Bekerja dengan suami saya tidak mudah kerana dia selalu menuntut komitmen yang tinggi namun ia telah meletakkan saya di mana saya hari ini," terang Sharina.

"Saya teruja (berlumba tahun ini) tetapi pada masa yang sama berasa gementar kerana ini akan menjadi kali pertama saya memandu Saga."

Kru Sharina memang terdiri dari anggota wanita kesemuanya dan beliau menaruh kepercayaan terhadap kebolehan mereka.

Sharina berharap musim ini akan memberikan beliau dan pasukannya satu keputusan positif.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganjuran karnival ini bertujuan untuk mengimbau kembali sejarah asal perlumbaan Proton 300 km…
Sukan Bermotor
Tampil dengan empat buah jentera perlumbaan dalam empat kategori berbeza, kesemuanya menghabiskan…
Sukan Bermotor
Estrada Motorsport contohnya bukanlah satu nama yang tidak asing lagi dan sering kali turun dalam…