MSF 2019: Empat jentera lumba dari Team Estrada by Pulzar

oleh HEZERI SAMSURI|
Perlumbaan Malaysia Speed Festival 2019 yang bermula hari ini (Sabtu 16 Mac 2019) bakal menyaksikan serangan dari empat jentera lumba dari Pasukan Estrada by Pulzar Malaysia.

Pasukan perlumbaan itu juga melancarkan warna-warna tema baharu mereka itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Estrada Motorsport contohnya bukanlah satu nama yang tidak asing lagi dan sering kali turun dalam perlumbaan tempatan.

Pulzar Malaysia pula ialah produk pelincir enjin yang sudah aktif di dalam perlumbaan sejak tahun lalu lagi.

Menurut Tony Chew, Pengurus Perkembangan Perniagaan Pulzar Malaysia, sukan bermotor adalah platform terbaik untuk syarikat itu menguji produk mereka dan mengukuhkan jenama Pulzar di dalam negara.

Azwan Zulkifle, Pengarah Pasukan Estrada Motorsport pula berkata sukar untuk mempercayai Estrada sudah sampai ke tahap sekarang ini.

 

 

"Kami bermula dari pasukan keluarga tetapi kini kami mempunyai empat orang pemandu dan empat buah kenderaan lumba serta rakan kerjasama," terang Azwan.

Azwan berkata beliau berterima kasih atas kerjasama rakan-rakan teknikal seperti Pulzar Malaysia, Bandi Sprayworks, Fawster, Wuerth Malaysia, Tie Jie Garage, EZ Group dan Speed Legacy.

Di bawah ialah senarai pelumba dan jentera masing-masing.

 

 

Azwan Zulkifle - Kategori Super Production -Honda Jazz #619

Pengarah Pasukan ini juga menjadi salah seorang pemandu untuk MSF tahun ini.

Bukan baharu di dalam dunia MSF, kali ini beliau akan memasuki kategori Super Production di mana kesemua kenderaan mempunyai kuasa kuda yang hampir sama.

"Dengan peraturan yang agak ketat, saya akan cuba yang terbaik untuk memandu laju dan menamatkan perlumbaan di podium,” ujar Azwan.

 

 

Sharina Ramlle - Kategori Saga Cup Casual - Proton Saga #819

Isteri kepada Azwan ini mula berlumba sejak tahun 2011.

Sebelum itu, Sharina sudah arif dengan aktiviti lasak dan ayahnya merupakan Chef de Mission untuk misi Everest Malaysia 1997. Sharina sendiri adalah peserta pertama dipilih untuk program Petronas-MSF tahun 2017.

"Saya teruja tetapi pada masa yang sama berasa gementar kerana ini akan menjadi kali pertama saya memandu Saga."

"Saya berharap dapat serasi dan berasa selesa dengan kereta ini secepat mungkin supaya kami dapat memperoleh keputusan yang positif dalam perlumbaan kami," doa Sharina yang bakal menarik perhatian esok kerana mempunyai kru yang terdiri dari wanita semuanya.

 

 

Fadhlan Hilmi Haron - Kategori Street Tuned - Toyota Starlet #969

Mula membabitkan diri dalam sukan lumba motor sejak tahun 2013, pelumba popular di dalam kalangan peminat MSF ini adalah antara pencabar utama untuk Kategori Street 1600 dalam tahun 2015 sehingga 2017 di mana beliau mendapat tempat ketiga untuk tiga-tiga tahun itu.

"Tahun 2018, saya berehat dan kali ini, saya tidak sabar untuk kembali berlumba!" sahut Fadhlan sebelum membunyikan semboyan tanda sedia beliau.

 

 

Asrul Azam Ali - Kategori Super 1500 - Honda Civic EF #636

Pelumba veteran ini mempunyai sejarah perlumbaan bermula dari tahun 1997 lagi.

Dari Kejohanan Rali Malaysia ke Asian Festival of Speed, Merdeka Millenium Race, SNF dan MSF, Asrul kali ini akan turun untuk pasukan Estrada by Pulzar Malaysia membawa cabaran baharu.

"Pada tahun ini, Honda Civic ini akan menggunakan konfigurasi chassis dan penalaan suspensi oleh Fawster Motorsports." 

 

 

 

"Talaan enjin dan kotak transmisi dilakukan oleh J Seventy One Garage dan sangat menarik untuk melihat bagaimana prestasi baru ini hasil gabungan daripada mereka," terang Asrul. 

Matlamat beliau untuk tahun ini adalah untuk menetapkan masa terbaik dalam Super 1500 Class dan secara konsisten menghabiskan perlumbaan di podium dalam setiap perlumbaan.

Kereta Asrul juga akan dihiasi dengan pelekat logo Careta.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Tampil dengan empat buah jentera perlumbaan dalam empat kategori berbeza, kesemuanya menghabiskan…