MSF 2019 - Cabaran haba 65°C tidak halang Estrada by Pulzar Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Suhu litar Sepang yang meningkat sehingga 65°C ketika perlumbaan Pusingan Pertama MSF Super Turismo 2019 hujung minggu lalu nampaknya tidak dapat mematahkan semangat keempat-empat pemandu pasukan lumba Estrada by Pulzar Malaysia.

Tampil dengan empat buah jentera perlumbaan dalam empat kategori berbeza, kesemuanya menghabiskan perlumbaan masing-masing dalam kedudukan 10 teratas.

Menurut Azwan Zulkifle, Pengarah Pasukan Estrada by Pulzar Malaysia, "Cabaran perlumbaan kali ini ialah suhu litar yang meningkat. Banyak jentera lumba lain menghadapi masalah teknikal kerana semuanya terpaksa bekerja di tahap maksimum walaupun panas."

"Kami bersyukur jentera-jentera kami berjaya mengatasi cabaran tersebut dan pulang bersama mata dan juga pingat!"

Di bawah ialah keputusan keempat-empat pelumba pasukan Estrada by Pulzar Malaysia.

 

 

Asrul Ali - Honda Civic EF

Juara kategori Super 1500 dengan Honda Civic EF, beliau berkata suhu litar yang tinggi memberi masalah kepada cengkaman bahagian hadapan.

"Namun begitu, pasukan kami berjaya menyelesaikan isu itu sebelum perlumbaan kedua dan kami akhirnya menjadi juara," sambung Asrul.

Honda Asrul disediakan oleh JSeventy One Garage dan Fawster - dua kombinasi yang serasi dengan Asrul.

 

 

Fadhlan dan Azwan - Toyota Starlet

Berlumba di dalam Kategori Street Tuned, Azwan gagal menghabiskan perlumbaan kerana isu teknikal.

Ini menyebabkan Fadhlan terpaksa memulakn perlumbaan kedua di tempat ke 40.

Namun begitu, pemanduan berdisiplin dan cekap serta prestasi kereta yang baik memboleh Fadhlan berjaya menghabiskan perlumbaan di petak ke 18 untuk kumpulan kedua dan tempat kelima dalam Kategori Street Tune keseluruhan.

 

 

"Kereta itu tidak bersedia 100 peratus pun untuk perlumbaan kedua dan saya pada mulanya hanya mahu menghabiskan perlumbaan dengan pungutan mata."

"Tetapi sedang dalam pusingan pertengahan, saya sedar akan peluang untuk menghabiskan perlumbaan itu dalam kedudukan yang baik dan saya teruskan selaju mungkin," terang Fadhlan.

 

 

Sharina Ramlle - Proton Saga

Pasukan wanita yang pertama kali masuk berlumba dalam Kategori Saga Cup Casual nampaknya mencapai tempat yang baik.

Sharina berkata ia sangat menyeronokan kerana dapat berlumba dengan 70 buah Saga lain di litar.

Semangat tidak gentar Sharina membuahkan hasil apabila beliau mendapat tempat keempat dalam kategori Saga Cup Casual dan tempat kelima dalam kategori Saga Cup Ladies.

 

 

Azwan Zulkifle - Honda Jazz

Honda Jazz Estrada by Pulzar Malaysia berjaya menghabiskan perlumbaan dalam kategori Super Production.

Jazz yang berada dalam keadaan standard itu membolehkan pasukan mengumpul data-data yang diperlukan untuk perlumbaan akan datang.

Tahniah untuk semua pelumba, pihak pengurusan, pihak teknikal dan penyokong-penyokong serta penaja-penaja untuk team Estrada by Pulzar Malaysia!

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Estrada Motorsport contohnya bukanlah satu nama yang tidak asing lagi dan sering kali turun dalam…