MS-RT R120, apabila van jadi macam kereta lumba!

oleh Muhammad Md Tajudin|
MS-RT R120
MS-RT R120
Trend pembeli dan pengeluar sekarang ialah cenderung kepada SUV. Disebabkan itu ada pelbagai segmen SUV seperti saiz kecil, sederhana dan besar bagi memenuhi selera pembeli.

Di sebalik populariti SUV, satu lagi kenderaan yang kekal dengan daya penarik tersendiri ialah van penumpang. 

Bukan setakat penumpang, van sangat terkenal sebagai kenderaan perdagangan untuk urusan logistik seperti menghantar barang dan sebagainya.

Ada satu lagi kegunaan yang menarik iaitu ubah suai sebagai van camper dan mengembaralah ke mana saja.

Van sebenarnya adalah kenderaan versatil sepanjang zaman dan banyak berjasa dalam ekonomi sesebuah negara.

Bagaimana pula jika ada pemilik yang mahukan sesuatu berbeza atau van dalam bentuk sporti?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jawapannya ada di United Kingdom melalui MS-RT Transit Connect. Van ini asalnya adalah Ford Transit dan di UK ada pengubahsuai atau Qualified Vehicle Modifiers (QVM) yang mendapat kelulusan Ford.

Salah satu QVM ialah MS-RT dan jika nama itu seperti biasa didengar, memang ya, mereka adalah pasukan yang membawa jentera Ford di dalam perlumbaan rali.

MS-RT R120 tidak banyak ditawarkan iaitu hanya 30 unit di UK dan enam unit di Ireland. Ianya direka dan dipasang di kilang MS-RT di Pontypool, South Wales.

Van ini diubahsuai dari model Transit Connect Panel dengan dua atau tiga tempat duduk dan dua pilihan jarak roda pendek atau panjang.

Warna pula dikhaskan dalam satu pilihan tunggal Frozen White dengan riasan merah dan hitam. Menaikkan lagi imej rali ialah penggunaan roda putih aloi OZ Racing. Kit badan penuh pula menyerlahkan imej agresif van ini.

 

MS-RT R120.02

 

Bahagian dalam diberi perhatian dengan kerusi balutan kulit dan sulaman merah, stereng sport gentian karbon penuh dan tanda merah pada bahagian atas seperti kereta lumba.

Sebagai tambahan, MS-RT R120 dilengkapi sistem ekzos kembar empat dengan muncung ekzos dan perumah cermin sisi wana hitam. 

Ekzos pula ada bunyi tersendiri melalui sistem Maxhaust yang berasaskan teknologi aplikasi dan mengeluarkan bunyi ekzos sport dari pembesar suara.

Turut dilengkapi ialah lampu utama bi-xenon, Ford Pass Connect, kawalan jejalah, pad pengecasan tanpa wayar, kamera undur dan dua pintu gelungsur.

Harga untuk MS-RT R120 bermula dari £25,995 + VAT (RM140,973) dan MS-RT tidak bercadang untuk menambah lagi jumlah penawaran.

Ia dibuat bagi menjamin tahap eksklusif dan menjadi collector's item pada masa depan selain keunikannya yang tersendiri berbanding LCV lain di pasaran.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
MS-RT memang sering menjadi rakan kongsi Ford dalam penghasilan kenderaan-kenderaan kustom tetapi…