MRT2 tetap siap 2022 walaupun hadapai cabaran mukabumi 

oleh HEZERI SAMSURI|
Projek keretapi Mass Rapid Transit 2 (MRT2) yang akan menghubungkan Sungai Buloh - Serdang - Putraya akan tetap disiapkan dalam tahun 2022 walaupun menghadapai beberapa cabaran geologi.

MRT2 melibatkan laluan sepanjang 52.2 km dan 35 stesen, di mana 13.5 km dan 11 dari stesen tersebut berada di bawah tanah.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keadaan geologi di bawah permukaan tanah yang terbabit dalam projek MRT2 terdiri dari pelbagai rintangan geologi termasuk batu granit, batu kapur karstik dan formasi sendimen di kawasan Bukit Kenny.

Antara yang terbukti memberikan cabaran hebat ialah kars, keadaan geologi di mana permukaan tanah mengandungi gua-gua, ruang kosong dan puncak batu yang membuatkan sebarang pembinaan struktur bawah tanah mempunyai risiko kejadian lubang benam dan tanah mendap.

Menurut Datuk Ir Dr Gue See Sew, penasihat geoteknikal, setinggi 60 peratus laluan bawah tanah MRT2 melibatkan kawasan batu kapur karstik.

Stesen MRT Chan Sow Lin yang bakal menjadi stesen penukaran dengan LRT memberikan cabaran yang berat kepada projek tersebut.

Stesen setinggi lima tingkat di dalam tanah itu (termasuk dua tingkat ruang membeli belah) dibina di dalam kawasan karstik yang melibatkan pelbagai ruang dan puncak batu di dalam tanah sepanjang 35 ke 36 meter.

Runtuhan pernah berlaku di kawasan itu Jun tahun lalu kerana kesukaran geologi tersebut tetapi ia akhirnya diselesaikan dengan kejuruteraan pembinaan yang tinggi.

Namun begitu, kedudukan terowong dari Bandar Malaysia ke stesen itu terpaksa diubah sedikit laluannya, 50 meter ke utara dari lokasi asal.

Mereka juga mengubah struktur dan rekabentuk stesen itu sedikit demi memastikan ia selamat.

Tidak cukup dengan kesukaran tersebut, segala kerja pembinaan dan pengorekan terowong dilakukan di kawasan yang tinggi laluan trafik kenderaan serta laluan keretapi yang beroperasi.

Ada banyak lagi masalah dan cabaran teknikal untuk laluan MRT2 ini dan Careta pasti satu dokumentari mengenai pembinaannya akan dilakukan.

Syabas kepada pasukan yang terbabit dalam pembinaan MRT2, satu laluan pengangkutan awam yang sangat diperlukan untuk Lembah Kelang bagi mengatasi kesesakan lalulintas yang semakin teruk ini.

* Laporan asal dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, MRT Putrajaya Fasa Dua kini siap 99.9 peratus…
Informasi
Sesi ujian ini membabitkan operasi tren dari Stesen Putrajaya Sentral sehingga Stesen Kwasa…
Uncategorized
Mereka juga mula membaling batu dan menyerang kenderaan polis. Santiago mempunyai landasan Metro…