MRL teliti aduan projek ECRL di Gombak Utara

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Malaysia Rail Link (MRL), pemilik Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memaklumkan segala bentuk aduan yang diterima akibat kerja-kerja fizikal projek di Gombak Utara akan ditangani dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik serta mengambil kira kepentingan penduduk di kawasan itu.


MRL berkata, pihaknya mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh penghuni dan pemilik tanah yang terkesan akibat pembinaan jajaran ECRL di Gombak Utara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Seperti projek-projek kerajaan yang lain, pihak Projek ECRL juga sudah tentu akan membuat bayaran pampasan berdasarkan 'award' Pentadbir Tanah semasa Perbicaraan Tanah berdasarkan kepada penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mengikut harga pasaran tanah dan bangunan di kawasan yang terlibat bagi tanah-tanah persendirian.

"Manakala bagi mereka yang menduduki tanah kerajaan yang terbabit, bayaran ex-gratia adalah berdasarkan kepada polisi yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.

Terdahulu Harian Metro melaporkan penduduk 13 kawasan Gombak Utara melahirkan kebimbangan mengenai Projek ECRL yang didakwa akan melalui kawasan perumahan mereka.

Kawasan ini terdiri daripada Desa Mukmin Warisan, Desa Mukmin Permai, Batu 7 Gombak, Sungai Chinchin, Taman Rawiyah Sulaiman Jaya, Batu 8 Gombak Utara, Taman Permai Jaya, Sungai Salak, Desa Makmur, Batu 11 Gombak, Batu 12 Gombak, Kampung Sungai Rumput dan Kem Alang Sedayu.

Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Gombak Utara, Muhammad Yusof Sulaiman berkata, pihaknya menggesa agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tampil memberikan penjelasan mengenai isu ini.

Dalam pada itu, MRL berkata, pihak Projek ECRL telah mengadakan lebih 10 sesi perjumpaan dan libat urus dengan penduduk dan wakil taman dari kawasan Gombak Utara antara Februari 2022 hingga Mac 2023.

Selain itu, katanya, penandaan jajaran ECRL di Gombak Utara hanya dibuat pada struktur rumah yang terkena secara langsung dengan jajaran ECRL bagi menentukan jumlah terperinci penduduk yang terjejas.

Katanya, sehingga kini, penandaan jajaran hanya melibatkan empat kawasan di Gombak Utara memandangkan rumah-rumah itu tidak memiliki geran dan berada di atas tanah kerajaan negeri atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

"Kawasan-kawasan itu adalah Batu 12 Gombak, Sungai Chinchin, Desa Mukmin Permai dan Desa Mukmin Warisan.

"Bagi kawasan seperti Kampung Sungai Rumput, tiada sebarang aktiviti pembinaan dijalankan buat masa ini memandangkan proses pengambilan tanah masih belum selesai. Begitu juga kawasan seperti di Sungai Chinchin, Sungai Salak dan Taman Rawiyah Sulaiman Jaya," katanya.

MRL berkata, kontraktor Projek ECRL hanya menjalankan kerja di tanah individu yang disewa sebelum pengambilan tanah dibuat.

"Bermaksud atas kerelaan pemilik tanah dan juga tanah kerajaan yang tiada struktur bangunan seperti di kawasan 'Mimaland' di Batu 11 Gombak.

"Kontraktor Projek ECRL juga menjalankan kerja-kerja pengawasan serta pemantauan tahap bunyi dan gegaran sebelum dan ketika menjalankan kerja-kerja infrastruktur di tapak seperti mana yang digariskan dalam Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) dan Plan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, ia merangkumi pembinaan enam stesen iaitu Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala…
Informasi
  Sehingga kini, projek ECRL dianggarkan mempunyai 17,000 tenaga kerja yang merangkumi kakitangan…