MRANTI lancar makmal pengujian kenderaan autonomi di Bukit Jalil

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia kini mempunyai makmal pengujian kenderaan berautonomi terbesar yang terletak di Taman MRANTI, Bukit Jalil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MRANTI AV XL (Makmal Alami Kenderaan Berautonomi MRANTI) itu merangkumi laluan ujian sepanjang 12 km yang disambung dengan tempat letak kereta bertingkat tertutup, liputan rangkaian 5G serta infrastruktur untuk komunikasi kenderaan autonomi yang pantas.

MRANTI juga boleh dijadikan sebagai AV simulator dan AV-as-a Service Certification bertujuan untuk menjadi pusat rujukan nasional bagi penggunaan dan pengaplikasian AV di jalan raya Malaysia tertakluk kepada kelulusan pihak berkepentingan yang berkaitan.
 

mranti


Serentak dengan itu, sebanyak lapan projek penyelidikan telah diumumkan menerusi kerjasama dengan University Nottingham Malaysia, NanoMalaysia dan Institusi Penyelidikan Tenaga Universiti Teknologi Nanyang Singapura.

MRANTI juga turut mengadakan kerjasama rapat dengan rakan industri seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii), Futurise, serta pihak penguatkuasaan dan agensi kerajaan berkaitan.

Menurut CEO MRANTI, Datuk Wira Dr. Rais Hussin menjelaskan, pihak-pihak berkepentingan dan penyelidikan dapat memanfaatkan infrastruktur 5G sedia ada supaya menjalankan penyelidikan, pembangunan  dan pengujian dengan lebih tepat dan mudah.