'Mr GT-R' mahukan jentera GT-R akan datang lebih dekat di hati peminat

oleh Mohamad Hanif|
Jika diikutkan garis masa produksi GT-R R35, ia sebenarnya boleh dikatakan sudah terlalu lama berada di pasaran, iaitu sekitar 12 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah banyak versi yang dihasilkan sepanjang 12 tahun itu, daripada versi asal dengan 480 PS sehinggalah kepada versi Nismo yang baharu dilancarkan dengan kuasa 600 PS. 

Dengan pelancaran Nissan GT-R Nismo 2020 ini, adakah ia benar-benar versi terakhir R35 sebelum menerima pengganti baharu? 

 


Jawapan yang diberikan oleh Hiroshi Tamura, atau lebih dikenali dengan nama Mr. GT-R ini seakan memberikan bayangan bahawa Nissan GT-R Nismo 2020 bukanlah pengakhiran bagi generasi GT-R. 

"Adakah ia versi terakhir? Jawapan tipikal yang saya akan berikan sudah tentu 'saya enggan memberikan komen'.

"Namun, setakat ini kami masih tidak tahu misi seterusnya, akan tetapi kami akan tetap mara ke peringkat seterusnya, menjadikan GT-R lebih laju berbanding model sedia ada," ujarnya. 
 


Jika dilihat kepada fakta di mana Nissan mampu menghasilkan sebuah supercar yang boleh mematuhi peraturan emisi semasa, dan senarai menunggu sehingga 18 bulan, tiada sebab untuk Nissan tampil dengan pengganti GT-R buat masa ini. 

Nissan walaupun ketika ini mempunyai pelanggan tetap GT-R, namun jauh di sudut hati mereka masih lagi menghormati perasaan para peminat GT-R di luar sana. 

"Membina sebuah GT-R sebenarnya sukar, kerana untuk mencapai jumlah jualan yang baik bagi kami tidak menjadi sebarang masalah, akan tetapi ia adalah berkenaan semangat sebenar sebuah GT-R - menjadi sebuah jentera yang lebih dekat di hati para peminat," ujar beliau. 

Sumber: Top Gear