Mr. Bean lelong dua kereta kesayangan, Lancia Thema dan Mercedes-Benz 500E

oleh Afandi Che Muhamad|
Pelakon komedi terkenal dunia, Rowan Atkinson atau lebih dikenali dengan watak Mr. Bean dilaporkan telah mendaftarkan dua kereta kesayangannya untuk proses lelongan di Silverstone Auctions Race Retro Classics, England.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua kereta tersebut, Lancia Thema 8.32 (1989) dan Mercedes-Benz 500E (1993) kini dipamerkan pada sesi lelongan awam yang berlangsung hari ini dan esok.

Untuk makluman, harga lelongan kedua-dua kereta berkenaan dijangkakan lebih mahal daripada harga asal ketika Atkinson mula-mula membelinya kira-kira tujuh tahun dahulu berikutan model berprestasi itu dihasilkan dalam jumlah yang kecil.

Harus diketahui, model Lancia tersebut digerakkan nadi enjin V8 Ferrari manakala Mercedes-Benz 500E itu pula merupakan model eksklusif yang diperhalusi dengan konsep buatan tangan.

Nampaknya, Atkinson begitu serius untuk 'mengosongkan' garajnya ketika ini. Adakah tindakan tersebut dilakukan bertujuan memberi laluan untuk kereta baru lain masuk? Sama-sama kita nantikan.

Atkinson sebelum ini telah melelong dua buah kenderaan lain seperti McLaren F1 pada harga £7 million (RM38.8 juta) dan Land Rover Defender £48,000 (RM265,731).

Untuk rekod, Atkinson pernah mempunyai 12 koleksi kereta tidak lama dahulu.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ya, kini orang ramai berpeluang untuk membeli Ford Mustang 2002 yang merupakan salah satu…
Berita Domestik
"Dalam tempoh sebulan diadakan operasi, sebanyak 23 kambing biri-biri, 10 lembu dan seekor kuda…
Berita Domestik
  “Selepas tindakan diambil, pemilik boleh menuntut semula kenderaan masing-masing. “Bagaimanapun…