MPKS - Biarkan haiwan ternakan berkeliaran termasuk di jalan raya, empat pemilik dikenakan kompaun

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan MPKS
Padah membiarkan lembu dan kambing berkeliaran, seramai empat pemilik haiwan ternakan dikenakan tindakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Khamis lalu.


Kompaun itu dikenakan terhadap individu berusia 30 hingga 70 tahun dalam operasi khas yang bermula 9.30 pagi hingga 8 malam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Setiausaha MPKS Mohamad Yusli Askandar berkata, operasi dijalankan susulan maklumat dan aduan mengenai haiwan ternakan yang berada di kawasan awam termasuk perumahan dan jalan raya.

 

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama polis menjalankan pemantauan dan sitaan di tiga lokasi iaitu Bestari Jaya, Ijok dan Jeram.

 

"Dua lembu dan dua kambing berjaya ditangkap sebelum disita untuk tindakan lanjut.

 

"Seramai 13 anggota penguat kuasa terbabit dalam operasi yang mengambil masa lebih 10 jam," katanya menerusi kenyataan.

 

Mohamad Yusli berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 4 (4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 kerana melepaskan ternakan di kawasan yang tidak dibenarkan.

 

"Semua haiwan ternakan dibawa ke Pusat Kurungan Haiwan MPKS untuk tindakan lanjut.

 

"Pelaksanaan pperasi itu bertujuan mencegah lembu, kerbau dan kambing berkeliaran sekali gus memastikan keselamatan semua pihak terutama pengguna jalan raya," katanya.

 

Tambahnya, MPKS boleh mengurung mana-mana haiwan ternakan yang ditangkap atas risiko pemilik atau penjaganya.

 

"Tindakan pendakwaan boleh diambil ke atas mereka kerana melanggar mana-mana peruntukan enakmen sedia ada.

 

"Operasi seperti ini akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan semua penternak mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dalam tempoh sebulan diadakan operasi, sebanyak 23 kambing biri-biri, 10 lembu dan seekor kuda…
Berita Domestik
  “Terbaharu kita menerima aduan haiwan itu menimbulkan kacau ganggu di tempat awam terutama…
Informasi
  Namun begitu, katanya, masih wujud kejadian pagar-pagar baharu turut dirosakkan dan dicuri oleh…