Menurutnya, perkhidmatan tersebut turut membantu orang awam melupuskan kenderaan terbabit secara sukarela.
"Perkhidmatan ini adalah percuma berdasarkan garis panduan dan perundangan yang ditetapkan.
"Warga Ampang Jaya boleh memohon pautan http://intranet.mpaj.gov.my/spmkm atau menghubungi talian 03-42857024," ujarnya menerusi kenyataan di Facebook.
Katanya, permohonan juga boleh dibuat melalui e-mel ke [email protected] atau hadir ke Menara MPAJ atau Depoh MPAJ Taman Putra Sulaiman dan Depoh MPAJ Taman Melawati.
Ujarnya, kenderaan yang mahu dilupuskan mestilah mematuhi syarat ditetapkan iaitu pemilik kenderaan yang sah, tidak memiliki rekod jenayah, tidak disenarai hitam serta kenderaan bebas pinjaman.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi 03-42857024.