MP Sepang teliti semula peraturan e-skuter di Cyberjaya

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) akan mengemas kini peraturan penggunaan e-skuter di bandar ini bagi mengelak insiden kemalangan membabitkan kenderaan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Yang Dipertuanya, Datuk Hamid Hussain berkata, pihaknya akan melihat semula laluan yang dibenarkan bagi kenderaan itu supaya ia tidak mengganggu pengguna jalan raya lain.

 

Beliau berkata, perkara itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan penguatkuasaan undang-undang di ambil.

 

“Kita sedar bahawa penggunaan e-skuter di jalan raya adalah dilarang dan ia sudah dimaklumkan pada paparan yang tertera di aplikasi kenderaan itu.

 

“Justeru, kita akan sediakan program dan mengemas kini laluan yang mana tidak bersambung akan disambungkan,” katanya.

 

Katanya, pihaknya juga akan meletakkan papan tanda amaran bagi mengingatkan pengguna jalan raya lain mengenai laluan khas e-skuter.

 

 

– KOSMO! ONLINE.