MoU MARii-UMP tawar program ijazah sarjana berkembar kejuruteraan automotif - serta peluang ke Jerman!

oleh Mohamad Hanif|
Awal minggu ini, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi memperkenalkan Program Ijazah Sarjana Berkembar Kejuruteraan Automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tersebut boleh diikuti di MARii Academy of Technology bertempat di Rawang, Selangor. 

Menerusi program ini, UMP menawarkan bidang pengajian seperti elektrifikasi trenkuasa, proses kepintaran buatan (AI) di dalam automasi, sistem bateri, sistem BUS, protokol diagnosis serta pelbagai bidang yang berkaitan dengan kejuruteraan automotif. 

Para pelajar juga akan menerima tunjuk ajar daripada professor yang berpengalaman dari HsKA dan juga UMP, selain berpeluang untuk menjalankan projek tahun akhir di bawah bimbingan professor Jerman sama ada di Malaysia mahupun di Jerman. 
 


UMP diwakili oleh Naib Canselor, Professor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff manakala MARii pula diwakili oleh CEO, Dato' Madani Sahari. 

Turut hadir ketika majlis MoU tersebut adalah pengerusi barisan pengarah UMP, Dato' Sri Ibrahim Ahmad dan Prof. Dr. Ing. Maurice Kettner daripada Karlsruhe University of Applied Sciences Germany (HsKA). 

Sebelum ini UMP telah pun mempunyai pengalaman berkerjasama dengan HsKA dengan menawarkan program yang serupa semenjak tahun 2012. 

Sehingga kini, UMP berjaya menghasilkan 57 orang graduan program ijazah sarjana berkembar kejuruteraan automotif, kebanyakannya berkhidmat di bawah syarikat multinasional Jerman. 

Menerusi kolaborasi terbaharu bersama HsKA, ia akan membolehkan para pelajar UMP mendapatkan peluang yang lebih baik untuk melanjutkan pelajaran, menjalankan projek dan internship di Jerman. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…