Motowazi bantu bekas pelumba-pelumba terkesan dengan Covid-19

oleh HEZERI SAMSURI|
Seramai 20 orang bekas pelumba motosikal profesional tampil untuk latihan jurulatih yang berlangsung di Sepang hari ini sehingga 18 Mac.

Latihan yang diberikan khusus oleh Motowazi, dengan bantuan Perkeso, Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan dan juga Givi Asia adalah bertujuan untuk menjadikan bekas-bekas pelumba itu sebagai pelatih keselamatan jalan raya profesional.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Wazi Abdul Hamid, legenda pelumba motosikal negara dan juga pengasas Motowazi, latihan ini juga akan membantu peserta-peserta untuk mendapatkan asas agar profesion baharu mereka sebagai pelatih mampu menjana pendapatan.

"Ramai di antara bekas-bekas pelumba ini bergantung sepenuhnya kepada perlumbaan-perlumbaan motosikal tetapi pendapatan mereka terjejas teruk kerana pandemik Covid-19," terang Wazi.

Motowazi sudah terbabit di dalam latihan menunggang motosikal di bawah payung keselamatan jalan raya selama lebih 20 tahun.

 

 

 

 

"Kursus latihan untuk jurulatih ini mampu menghasilkan jurulatih-jurulatih berkaliber yang kemudian boleh mempromosikan keselamatan jalan raya bersama Perkeso," tambah Wazi.

"Selain itu, program ini juga diharapkan dapat menjaga kebajikan bekas-bekas pelumba bagi meneruskan kelangsungan hidup. Pengetahuan dan pengalaman mereka sepatutnya boleh diterjemahkan untuk membantu kerajaan didalam program keselamatan jalanraya secara lebih efektif " katanya.

 

 

 

 

Antara pelumba yang telah mengesahkan penglibatan mereka adalah Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, bekas pelumba MotoGP 250 negara yang pertama, Shahrun Nizam Mohd Tamin juara 250cc Asia, Azlan Shah Kamaruzaman, pelumba Moto2 dunia dan ramai lagi bintang sukan motosikal negara.

Wazi adalah antara ikon permotoran yang sentiasa prihatin kepada keselamatan pengguna jalan raya. Beliau sendiri beberapa kali muncul di Careta untuk memberikan nasihat berkaitan isu keselamatan semasa menunggang motosikal dan juga isu-isu semasa negara berkaitan jalan raya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bandaraya Bersejarah Melaka telah dipilih sebagai destinasi pertama untuk Selatan Malaysia yang…
Berita Domestik
Kursus yang dibuka kepada orang awam dan menumpukan latihan kepada cara-cara menunggang berkelompok…