Motosikal touring QJMotor SRT800 kini di Malaysia, 2 pilihan varian, dari RM39,888

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike Holdings membawakan sebuah lagi model baharu berjenama QJMotor, iaitu SRT800 selepas pelancaran model SRK600 yang dibuat baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran tersebut turut disekalikan dengan pembukaan rasmi Benelli Best Shop Shah Alam yang dikendalikan oleh ICity Motoworld.

Motosikal touring QJMotor SRT800 didatangkan dalam dua varian, iaitu Standard dan X, dimana kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin 2 silinder 754 cc yang mampu menjana kuasa maksimum 75.1 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 67 Nm @ 6,500 rpm, digandingkan dengan sistem klac Assist & Slipper.
 

SRT


SRT800 hadir dengan sistem suspensi depan jenis terbalik, diikuti dengan lengan ayun yang menawarkan pengendalian tunggangan yang baik, dibantu dengan sistem brek cakera depan dan belakang, angkup brek Brembo serta sistem brek anti-kunci ABS dua saluran.

Segala info penting dipaparkan menerusi skrin TFT bersaiz lima inci yang mendapat tiga mod paparan, iaitu siang, malam dan juga auto. Model ini juga hadir dengan slot pengecasan USB untuk memudahkan penunggang mengecas peranti pintar semasa dalam perjalanan.

Membezakan antara model Standard dan SRT800 X adalah penggunaan rim, di mana versi Standard hadir dengan rim aloi dengan balutan tayar 120/70 R17 di depan dan 180/55 R18 di belakang, manakala model X pula didatangkan dengan rim jenis jejari lidi.
 

S


Selain itu, model Standard memiliki ketinggian pelana 810 mm (berbanding X - 835 mm), dan berat keseluruhan 254 kg (berbanding X - 260 kg).

Terdapat dua pilihan warna iaitu Stone Grey dan Passion Red untuk versi Standard, dan Navy Blue dan Cadmium Green untuk varian X.

Harga jualan bermula dari RM39,888 untuk varian SRT800 Standard hingga RM42,888 untuk versi X, di mana harga tersebut tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

MForce menawarkan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Antara motosikal-motosikal ekonomi yang menjadi pilihan dari Mforce adalah seperti SM Sport 110E,…
Pelancaran Motosikal
WMoto Bobbie VII dikuasakan oleh enjin bersesaran 693cc 2 silinder 4 lejang yang mampu menghasilkan…
Pelancaran Motosikal
Skuter ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang sejukan udara bersesaran 124 cc yang…