Motosikal terlanggar lubang di jalan raya, dua beradik maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto Utusan Malaysia
Dua beradik lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka terbabas gara-gara terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, Kluang pagi Jumaat.

Kedua-dua mangsa, Norhazim Kamaruzaman, 16 dan pembonceng, Nur Alif Ikhwan Kamaruzaman, 15, yang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenainya pada jam 8.46 pagi.

“Siasatan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y110 yang dinaiki oleh sepasang adik beradik yang juga pelajar dan berasal dari Felda Inas, Kulaijaya.

"Hasil siasatan awal mendapati motosikal tersebut dipercayai melanggar lubang di jalan dan menyebabkan mereka terbabas serta terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pihak polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

- salam takziah kepada keluarga mangsa -

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang basikal…
Berita Domestik
"Rabu petang saya akan ke pejabat syarikat konsesi itu dan bertemu dengan pegawai di sana. "…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, lubang yang sebelum ini…