Motosikal pertama Aston Martin bakal muncul di EICMA 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Ejen 007 James Bond nampaknya bakal memiliki jentera dua roda baharu tidak lama lagi, err maaf, salah berita.

Sudah tentu anda pelik bukan kenapa ada frasa Aston Martin dan motosikal dalam satu ayat yang sama.

Aston Martin selaku pengeluar kenderaan premium British kini menceburkan diri dalam dunia dua roda dan sudah pun mempunyai perancangan tersendiri untuk memperkenalkan motosikal edisi terhad. 

Motosikal Aston Martin dihasilkan menerusi kerjasama dengan Brough Superior bagi memastikan produk motosikal tersebut memiliki keseimbangan yang tepat antara prestasi dan rekaan. 

Malah, ia juga merupakan kombinasi visi antara Naib Presiden Eksekutif Aston Martin, Marek Reichman dan juga CEO Brough Superior, Thierry Henriette yang mana kedua-duanya juga merupakan peminat motosikal sejati. 

Lakaran kasar yang ditunjukkan tidaklah menampakkan imej sebenar motosikal namun ia memberikan petunjuk bahawa motosikal Aston Martin bakal memiliki rekaan yang stailo, kemasan yang sangat premium dan berprestasi tinggi. 
 


Motosikal ini akan muncul buat kali pertama di acara EICMA 2019 pada 5 November ini dan bakal memakai lencana Aston Martin. 

Harga jualan pula hanya akan diketahui kemudian, namun ia bakal menjadi produk Aston Martin yang paling mampu milik. 

Atau mungkin juga paling mampu tengok?

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Jutawan Kanda itu juga terkenal dengan jenama-jenama fesyen miliknya - Pierre Cardin, Ralph Lauren…
Berita Global
Hanya 10 unit sahaja yang akan ditawarkan, dan model edisi terhad ini bertujuan untuk meraikan…
Berita Global
  DBX menggunakan struktur badan dari aluminium, sama seperti kereta-kereta sport Aston Martin…