Motosikal hilang di Terengganu tetapi jumpa di Jitra!

oleh SALINA JALIL|
Sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Terengganu ditemui semula di Jitra susulan tangkapan seorang lelaki yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.


Motosikal jenis Yamaha 125z itu ditemui daripada seorang lelaki berusia 20-an yang mendakwa membelinya dari pihak lain.

Berikutan itu, polis menahan lelaki berkenaan kerana ingkar PKP dan kes kehilangan motosikal akan diserah kepada polis Kemaman, Terengganu untuk tindakan lanjut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pemeriksaan mengejut yang dilakukan pada 5 petang semalam menahan seramai 15 individu berusia antara 17 hingga 59 tahun yang ingkar PKP di daerah ini.

 

“Mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen mereka keluar dari rumah.

 

“Malah ada di antara mereka yang ditahan masih tidak faham mengenai pelaksanaan PKP ini,” katanya ketika dihubungi.

 

Mohd Ismail berkata, sepanjang tempoh PKP dari fasa satu hingga semalam, seramai 143 individu ditahan kerana ingkar dengan perintah berkenaan.

 

Beliau berkata, mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…