Motosikal enduro BMW F 750 GS baharu - harga dari RM71,500.00

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebuah lagi motosikal berkonsepkan enduro atau motosikal kembara diperkenalkan oleh BMW Motorrad Malaysia, BMW F 750 GS. 

Ia direka dengan kombinasi tempat duduk yang rendah untuk memudahkan pengendalian, selain kuasa tinggi yang mampu dihamburkan bila-bila masa dan DNA sebuah jentera GS.
 


Elemen ini boleh diperhatikan dengan jelas dari seksyen belakang yang langsing, tangki bahan api yang menonjol, rekaan lampu nyalaan siang LED dan rekaan mudguard sinonim dengan gaya GS. 

BMW F 750 GS didatangkan dengan enjin dua silinder sebaris 853 cc yang mampu menghasilkan 77 kuasa kuda, digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan serta profil bunyi yang lebih beremosi.
 


Terdapat beberapa mod tunggangan ditawarkan oleh BMW F 750 GS seperti Road dan Rain, dibantu dengan ciri Kawalan Kestabilan Automatik, Kawalan Cengkaman Dinamik dan Sistem Brek Automatik.

Selari dengan perkembangan semasa, BMW F 750 GS juga didatangkan dengan penggunaan kluster instrumen TFT bersaiz 6.5 inci, lengkap dengan keupayaan sambungan Connectivity. 
 


BMW F 750 GS terbaharu ditawarkan menerusi kemasan warna berikut – kuning metalik (Austin Yellow Metallic), kelabu metalik (Style Exclusive Stereo Metallic Matt), atau putih (Light White).

Harga jualan pula bermula dari RM71,500.00 atau harga ansuran bulanan dari RM870.00 berdasarkan pinjaman 80% untuk tempoh empat tahun daripada pelan pembiayaan BMW Motorrad. 

Setiap pembelian motosikal BMW Motorrad didatangkan dengan jaminan pengeluar tiga tahun termasuklah bantuan tepi jalan tiga tahun. 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Acara pameran istimewa BMW Malaysia tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  …
Sukan Bermotor
Mengambil tempat di Putrajaya, cabaran itu telah diadakan selama 2 hari bermula 23 hingga 24…
Berita Domestik
Ia menyaksikan pencapaian terbaharunya, di mana angka tersebut telah mengatasi jumlah jualan…